Saturday, 7 February 2009

aku bukan seorang yang jahat...


Aku Cuma melihat…
Kenangan berlalu pergi
Yang patut ku simpan dalam memori



Aku Cuma melihat
Kesilapan yang pernah aku lakukan
Tanpa sebarang usaha untuk memperbaiki


Aku Cuma melihat
sahabat2ku semakin jauh
Tanpa mencuba untuk menarik mereka kembali


Aku Cuma melihat
Sahabat yang aku singkirkan
Tanpa memberi peluang kedua


Aku Cuma melihat
Kepedihan di raut wajah mu
Namun tidak aku pedulikan


Aku Cuma melihat
Kamu yang tidak pernah memahami aku
Sedangkan aku pun tidak pernah cuba untuk memahami kamu




Aku Cuma melihat
Hati aku yang terguris
Tanpa berfikir yang kamu juga mungkin terluka


AKU CUMA MELIHAT…DAN MELIHAT…DAN MELIHAT…

Tapi…..
Aku bukan seorang yang jahat…
Cuma seorang sahabat yang teruk….