Showing posts with label obsessi Sungai Lembing. Show all posts
Showing posts with label obsessi Sungai Lembing. Show all posts

WILAYAH SELEPAS HUJAN - revisited

Ahad, 11 Dec 2016.
Hari minggu yang lalu... Saya ke Sini...

Sudah lebih enam tahun saya tidak ke Sini...
Sebenarnya, ini perjalanan yang tidak dirancang. Sedang saya memandu bersama anak dan dua cucu... Ternampak papan tanda ke Sungai Lembing... And the rest is history... Hehe
Jamee, Riyadh, Dewi
Dan kerana tidak dirancang... Saya tidak bawa phone pun... Video dan gambar diatas diambil menggunakan phone anak saya...
Memang sedikit kecewa sebab tidak bawa phone... Lalu... Saya rancang untuk kembali semula ke sini dalam jangkamasa terdekat dengan phone yang fully charged.

Wilayah ini walau jauh
Sudah cukup menggembirakan aku
Kerana ia memberikan aku sejuta senyuman
Walaupun epilog cerita ini tidak sama
Aku masih lagi pelakun yang serupa

Petikan Dari puisi Wilayah Selepas Hujan, nukilan bersama... Patung, Tito, Daoz, Jumain, Yusri.



SUNGAI LEMBING - revisited

Sunday: 3.30 am: 29.nov 2009

case tak boleh tidur....dari aku berangan tak tentu pasal, lebih baik aku upodate blog.


16.Nov 2009

location: Sungai Lembing, Kuantan with
cactus, organik


time: 12.00 noon - 5pm

kami ke Jaya Gading untuk lunch. on the way, Tito mentioned yang kami semua dah lama tak ke sungai lembing. ya...memang semester ini agak penuh jadual saya maka tak banyak masa untuk perkara2 lain.

lagipun, next semester Tito akan buat industrial training...surely tak akan dapat join kami ke Sg Lembing lagi...kata Yusry dengan kejinya.

saya...yang sudah bosan memasukkan markah ke system dari pagi memang mencari alasan untuk tak mahu masuk ofis semula.....lagi dua hari ke dateline tu belum dikira sebagai last minute in my book....kalau lagi 6 jam ke dateline baru last minute...hehe...time tu baru saya boleh focus...

maka...sampai lah kami ke Sg Lembing....sekali lagi...tanpa dirancang. namun kali ini kami cuma ke kawasan disekitar bandar...melihat rumah2 lama yang ditinggalkan sejak zaman perlombongan dulu...walau cuma di rumah2 tinggalan, kami tetap gembira...trip to Sg Lembing is always stress free...dan of course, aku pergi dengan pakaian kerja...huhuhu...

ok. malas nak tulis panjang2. tengok gambar je ok.





























.ok...boleh tidur sekarang ... lepas dengar 'FRIENDS WILL BE FRIENDS' dari Queen


WILAYAH SELEPAS HUJAN ... Sungai Lembing

WILAYAH SELEPAS HUJAN

seperti pohon kering yang tidak berdaun,
seperti itu jugalah tandusnya hati ini,
mencari kedamaian diri,
yang hilang ditelan gerhana,
kerana padaku,
damai itu ada pada senyummu.


sungai itu hampir kering airnya,
yang masih tidak mahu mengalir,
pecahkan saja empangan kepiluan itu,
agar sungai itu mampu mengalir,
dan pohon kering kembali menghijau.


angin bisikkan aku rindu semalam,
pada hangat dakapanmu,
bukan sengaja meragui bayumu,
aku cuma keliru pada desirmu.


ribut yang melanda hampir saja memusnahkan aku,
meniup kencang tubuhku jauh,
terdampar pada sudut dunia yang tidak pasti,
dan kehilangan pedoman diri.

wilayah ini walau jauh,
sudah cukup menggembirakan aku,
kerana ia memberikan aku sejuta senyuman,
walaupun epiog cerita ini tidak sama,
aku masih lagi pelakon yang serupa.


OBSESSI SUNGAI LEMBING - edisi stress buster









Jumaat - 27.03.2009












saya stress...takde class...duduk dalam office sorang2...emosi...huhuhu...betul la tu...sebabnya...errr...tak perlu la beritahu...




by 11 am, saya dah takde mood nak buat apa2...hampir termuntah saya mark assignments...by 12 noon...phone dah ran out of battery...sorry la...tak boleh nak reply the last sms tu...:-)





nasib baik si cactus phone...dia call office phone...tanya whether saya nak pergi lunch dengan mereka...ie: remedy, organik, alif ba ta. saya yang sedang boink, of course la kata ok...what am I...crazy???


after lunch, saya kata malas nak balik office...bukan ada apa pun...ada la meeting pukul 2.30...tapi meeting tu takde kena mengena dengan saya...dan centre ada buat kursus IELTS...pun saya tak terlibat...sebenarnya, saya tak volunteer pun untuk terlibat...hehe...tak tahu kenapa saya pergi office hari ni...ambil cuti lagi bagus...cuti saya masih banyak...lepas tolak untuk golden handshake, saya kira masih ada lebih kurang 45 hari...campur last year punya la...nasib baik saya takde cuti bersalin...kalau tak...2 semester saya akan bercuti ...best tu...




anyway...atas sebab2 psychology tu, kami semua bercadang untuk ke Sg lembing lagi...our all time favourite getaway place...saja je...dia orang kata nak ambil gambar...macam tak pernah ambil gambar kat sg lembing tu...ok la...sebab kami semua memang suka ambil gambar dan bergambar...hahaha



so...lepas Friday Prayers, kami ke sana...oh ya...sebab saya pakai baju kurung warna putih dan hitam, mereka semua pun tukar pakai baju warna putih...seragam la katakan...hence...the white dominated pics...


this one...dekat muka lombong...yup...the way into the famous underground mine...i think yang paling dalam di dunia...nak tahu berapa dalam, masuk la muzeum dia...





ni dekat taman gantung babylon...kata Che Am, angkor watt, kata saya, chandi borobudor, kata life is a journey...well...actually its the remnants of the once glorious underground mine...yang kedua terbesar selepas underground mine di bolivia...nak lebih info...muzeum ok...






mereka saja antara sahabat2 saya yang masih ada di UMP sekarang. yang lain2 semuanya dah graduate. bila mereka pergi, saya akan keseorangan...huhuhu




dari kiri...
Jumain (Alif Ba Ta), Daoz (The Remedy), Tito (The Cactus), Yusry (Hidupku Suku Organik).

saya... much better now...

still going strong...Obsessi Sungai Lembing...















aku takde mood nak tulis panjang2...aku takde mood nak menulis...fullstop. rasa macam nak bunuh orang ada la...so...sebelum aku jadi psycopath...lebih baik aku update blog...much safer for everyone...huhuhu...





gambar2 masa kita orang pergi ke Sg Lembing last friday...23.01.09. ini pun trip yang kami tak plan...cuma...kami semua takde class hari tu...








gambar asal usul Sg Lembing...kisahnya berkisar pada sekumpulan pemburu di satu kawasan hutan yang telah melontar sebatang lembing pada seekor kijang. dalam usaha menyelamatkan diri, kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai bersama2 lembing yang tercacak di badannya.












this time kami ke bahagian sungai lembing yang belum kami jelajahi...ie: muka lombong...











salah satu muka lombong...ie: jalan masuk ke lombong bawah tanah...rasa aku ada tujuh atau lapan level, lebih kurang 1.5 batu dalamnya.






































anti-clockwise...
cactus (berdiri), khalis, alif ba ta, organik dan remedy
atas tangga yang menuju ke muka lombong...yup...muka lombong tu kat atas bukit...































masih di muka lombong...aku...dengan payung dan name tag UMP...promote UMP...huhuhu...dimana bumi dipijak...

























muzeum Sg Lembing...this time kita orang masuk...reka bentuk dalaman yang menarik...ala2 masuk lombong ... at least tahu la serba sedikit sejarah perlombongan kat sini...

























aku...kata takde mood nak tulis, tapi tulis berjela2 gak...tak faham...

Sungai Lembing - ku cari damai di hati



24.12.08 - Aku ke Sungai Lembing lagi…kali ni bersama remedy, organic, devil dan Che Am…(blogger baru, aku lupa nama blog dia)…ini dah kali ke 3 aku ke sungai lembing tahun ni…first time dengan life is a journey dan sengal ubi, second time dengan notasi, cactus dan remedy…and this is the 3rd time.

Sure ramai akan kata…best sangat ke sungai lembing tu…kenapa kami obsess sangat dengan sg lembing ni.

Kisahnya, hari tu supposed to pergi ofis and kemas barang sebab nak di angkut ke blok baru. So, aku pergi tanpa computer aku…sebab nak angkat barang kan. Kebetulan, remedy pun ada masa tu, dia datang ofis untuk tolong aku.

Masalahnya, aku tak dapat nak ambil kunci ke ofis baru aku hari tu, sebab belum di tag…so…nak buat apa, ofis baru tak boleh masuk, ofis lama pun dah kosong. Maka aku dan remedy ajak organic, devil dan che am pergi lunch…

Kebetulan, dia orang pun sedang bosan, so…organic ajak pergi gua charas…katanya dia belum pernah pergi. Aku ok je. Tapi, remedy kata dia malas nak panjat tangga ke gua tu lagi…dan ‘u tu nak ke panjat dengan heels u …’ katanya lagi.

Betul juga. Aku tak nak lagi cabut kasut untuk panjat tangga gua tu macam the last time. atas alasan tu, trip ke gua charas tak jadi dan kami sampai ke sungai lembing instead…

Welcome to Sungai Lembing…sleepy town yang tersekat dalam time capsule…rasa macam balik ke tahun 40an…





Ini kesan peninggalan lombong bijih timah yang ke 2 terbesar di dunia…selepas Bolivia. Che Am menggelarnya Taman gantung Babylon, aku kata …Angkor watt, life is a journey pulak…chandi borobudor…apa pun you wont find it anywhere else…




Ini jambatan gantung filem PHSM…





Kami melepak di tepi sungai…sangat damai…semua berangan nak mandi sungai…especially che am…ala2 sofia jane dalam ‘perempuan, isteri…’




Depan museum.





On the way back, kami stop untuk beli ABC. Sempat la kami berbual2 dengan seorang Pakcik…katanya…pokok ditepi tu…di tanam tahun 1935…masa tu dia masih kecil…aku Tanya…pakcik pernah ke tengok lombong tu…it turned out, dia pernah bekerja di lombong bawah tanah tu…seronok juga dengar dia menceritakan pengalamannya…dia telah melalui 1st dan 2nd ww…dan dia masih boleh berdiri dengan gagah dan bertutur dengan jelas…aku kagum sekali…memang hebat orang2 sg lembing ni…


Sebenarnya, banyak lagi tempat yang kami belum kunjungi di sg lembing ni…seperti…muka lombong bawah tanah, ladang ternak rusa, bukit pancarama, kolam air panas dan air terjun pelangi…we didn’t even know these places existed…so…maybe…the next time kami datang, kami akan melawat semua tempat tu…jom la ikut…

A ROSE BY ANY OTHER NAME ... tuberose

  Salam and good day.  It's the end of July/ early August, and my tuberose is blooming. Go figure. Despite its name, tuberose is not act...