Showing posts with label tasik indah yang beracun. Show all posts
Showing posts with label tasik indah yang beracun. Show all posts

I AM THE PATUNG


tasik indah yang beracun
akan kekal indah
akan kekal beracun
kerana sang patung
hanya akan menangis untuk dirinya sendiri
tanpa dibelenggu rasa simpati
tasik indah yang beracun
akan kekal indah
akan kekal beracun
kerana sang patung
hanya akan membelai jiwanya sendiri
dan memijak jiwa2 yang mendekati

tasik indah yang beracun
akan kekal indah
akan kekal beracun
kerana sang patung
mahu kekal sebagai mimpi
dalam realiti yang ngeri
tasik indah yang beracun
akan kekal indah
akan kekal beracun
kerana sang patung
kini memegang talinya sendiri
sambil menenun jalinan destiny
looking at the sad, beautiful lake
like a jewel
in the middle of a barren land
i realized
it was a picture i knew well
tasik indah yang beracun
akan kekal indah
akan kekal beracun
and
I am The Patung
watch me play

LEMBARAN INGATAN

i
tercarik sudah
lukisan kisah
yang pernah kau lukiskan
pada kertas layang-layang
dan terbangkan pada awan april
seperti hilangnya dakwat
dimamah daun-daun waktu
kudratku pergi
bersama hancurnya angan
dan pudarnya keinginan
kerana
aku bukan layang-layang
yamg diciptakan untuk terbang
aku patung yang ditakdirkan tenggelam ditasiknya sendiri
i

tasik indah yang beracun

di penghujung musim hujan yang dingin, di tengah belantara, dikelilingi tanah yang subur...aku terdengar ... suara yang biasa aku dengar namun tidak dapat mencari puncanya. bagai dalam mimpi, suara itu datang bila aku sendirian...

tiba2 aku ternampak ...ukiran seorang perempuan, rambut yang panjang mengurai, diselimuti kain merah, berdiri kaku. aku melihat wajahnya, juga kaku, tanpa ekspressi, hanya dibasahi limpahan air yang muncul dari matanya yang hitam.

ya...limpahan airmata yang dipenuhi kesedihan, ketakutan, kebencian, dendam, patah hati, kecewa, kesal, semua menjadi racun yang mengalir dan bertakung sebagai sebuah tasik yang sangat indah. airnya yang biru bagaikan permata di tengah2 belantara hijau, jernih, bercahaya di bawah sinar suria.

namun tasik itu kosong. tiada hidupan yang mampu hidup didalamnya, tiada tumbuhan yang boleh tumbuh dipinggirnya. ia tak akan menjadi sumber minuman kepada hidupan hutan atau pun tempat anak2 bermain...

kenapa tiada hidupan yang boleh hidup didalam tasik itu, tiada anak2 datang memancing dipinggirnya, dan kenapa ia tidak boleh kering...apakah tasik itu hanya ada untuk menjadi beban kepada dunia....

semakin hari, air tasik semakin dalam kerana sang patung tidak mampu menahan aliran airmatanya...dan dia tahu, satu hari dia akan lemas didalam tasiknya sendiri...

mungkinkah keadaan akan berlainan jika airmatanya dititiskan untuk orang lain...

A ROSE BY ANY OTHER NAME ... tuberose

  Salam and good day.  It's the end of July/ early August, and my tuberose is blooming. Go figure. Despite its name, tuberose is not act...