Showing posts with label diantara. Show all posts
Showing posts with label diantara. Show all posts

DI ANTARA

Diantara deruman ombak menghempas batu
Dan desiran angin malam membelai daun
Aku bukan ibu
Yang setiap hari
Mahu anak2nya membesar menjadi orang baik baik
Itu saja yang aku mahu

 
Diantara desiran angin malam membelai daun
Dan nyanyian unggas di hutan simpan
Aku bukan balu
Yang kadangkala penat
Sendirian melawan arus dunia
Mahu saja dicampak ketabahan itu jauh jauh

 
Diantara nyanyian unggas dihutan simpan
Dan deruman ombak menghempas batu
Aku bukan pekerja
yang ada waktunya
tidak sabar menunggu masa untuk bersara
mahu berehat pula dan tinggal di Bukit Frazer

 
diantara deruman ombak menghempas batu
desiran angin malam menbelai daun
serta nyanyian unggas di hutan simpan
aku
ibarat titik yang terapung
antara kerlipan bintang pada langit gelap
dan kilauan bintang pada laut hitam.

A ROSE BY ANY OTHER NAME ... tuberose

  Salam and good day.  It's the end of July/ early August, and my tuberose is blooming. Go figure. Despite its name, tuberose is not act...