Showing posts with label pokok kemboja. Show all posts
Showing posts with label pokok kemboja. Show all posts

LEAF RUST PADA DAUN KEMBOJA

Salam and good day,

Pokok kemboja saya mengalami masalah 'leaf rust' atau karat daun. Menurut  maklumat dari internet,  keadaan ini disebabkan oleh jangkitan fungus.

I
Beginilah rupa  daun kemboja yang dijangkiti fungus

Bahagian bawah daun diliputi debu bewarna kuning seperti besi yang berkarat. Ini sebenarmya adalah spora fungus yang bila diterbangkan angin akan melekat pada daun lain dan akan membiak bila keadaannya sesuai iaitu dalam keadaan cuaca yang agak lembap, dan memang sekarang keadaan cuaca agak lembap dan sejuk.

Masalah ini bukan masalah besar sebenarnya. Ia boleh diatasi dengan menggunakan racun serangga atau  dengan mencabut daun yang dijangkiti. 
Saya pilih  untuk mencabut daun yang dijangkiti. Harap2 daun yang masih tinggal  mencukupi untuk pokok terus hidup. 

Pokok kemboja yang sudah saya cabut daun yang 
dijangkiti. Cuma tinggal daun2 muda dan pucuk 
sahaja.

Reference: http://myagrilog.blogspot.com/2015/06/masalah-leaf-rust-pada-daun-anggur-fig.html?m=1

A ROSE BY ANY OTHER NAME ... tuberose

  Salam and good day.  It's the end of July/ early August, and my tuberose is blooming. Go figure. Despite its name, tuberose is not act...