Showing posts with label wilayah selepas hujan. Show all posts
Showing posts with label wilayah selepas hujan. Show all posts

WILAYAH SELEPAS HUJAN - revisited

Ahad, 11 Dec 2016.
Hari minggu yang lalu... Saya ke Sini...

Sudah lebih enam tahun saya tidak ke Sini...
Sebenarnya, ini perjalanan yang tidak dirancang. Sedang saya memandu bersama anak dan dua cucu... Ternampak papan tanda ke Sungai Lembing... And the rest is history... Hehe
Jamee, Riyadh, Dewi
Dan kerana tidak dirancang... Saya tidak bawa phone pun... Video dan gambar diatas diambil menggunakan phone anak saya...
Memang sedikit kecewa sebab tidak bawa phone... Lalu... Saya rancang untuk kembali semula ke sini dalam jangkamasa terdekat dengan phone yang fully charged.

Wilayah ini walau jauh
Sudah cukup menggembirakan aku
Kerana ia memberikan aku sejuta senyuman
Walaupun epilog cerita ini tidak sama
Aku masih lagi pelakun yang serupa

Petikan Dari puisi Wilayah Selepas Hujan, nukilan bersama... Patung, Tito, Daoz, Jumain, Yusri.



SUNGAI LEMBING - revisited

Sunday: 3.30 am: 29.nov 2009

case tak boleh tidur....dari aku berangan tak tentu pasal, lebih baik aku upodate blog.


16.Nov 2009

location: Sungai Lembing, Kuantan with
cactus, organik


time: 12.00 noon - 5pm

kami ke Jaya Gading untuk lunch. on the way, Tito mentioned yang kami semua dah lama tak ke sungai lembing. ya...memang semester ini agak penuh jadual saya maka tak banyak masa untuk perkara2 lain.

lagipun, next semester Tito akan buat industrial training...surely tak akan dapat join kami ke Sg Lembing lagi...kata Yusry dengan kejinya.

saya...yang sudah bosan memasukkan markah ke system dari pagi memang mencari alasan untuk tak mahu masuk ofis semula.....lagi dua hari ke dateline tu belum dikira sebagai last minute in my book....kalau lagi 6 jam ke dateline baru last minute...hehe...time tu baru saya boleh focus...

maka...sampai lah kami ke Sg Lembing....sekali lagi...tanpa dirancang. namun kali ini kami cuma ke kawasan disekitar bandar...melihat rumah2 lama yang ditinggalkan sejak zaman perlombongan dulu...walau cuma di rumah2 tinggalan, kami tetap gembira...trip to Sg Lembing is always stress free...dan of course, aku pergi dengan pakaian kerja...huhuhu...

ok. malas nak tulis panjang2. tengok gambar je ok.





























.ok...boleh tidur sekarang ... lepas dengar 'FRIENDS WILL BE FRIENDS' dari Queen


hujan....

ahad : 14.06.09 : 10.30pm

kuantan hujan lagi....
hampir setiap malam bumi kuantan dibasahi hujan
kali ini disertai dengan guruh dan kilat...

musim tengkujuh kah sekarang?













aku...hujan lebat...tidur best ni...hehehe

WILAYAH SELEPAS HUJAN ... Sungai Lembing

WILAYAH SELEPAS HUJAN

seperti pohon kering yang tidak berdaun,
seperti itu jugalah tandusnya hati ini,
mencari kedamaian diri,
yang hilang ditelan gerhana,
kerana padaku,
damai itu ada pada senyummu.


sungai itu hampir kering airnya,
yang masih tidak mahu mengalir,
pecahkan saja empangan kepiluan itu,
agar sungai itu mampu mengalir,
dan pohon kering kembali menghijau.


angin bisikkan aku rindu semalam,
pada hangat dakapanmu,
bukan sengaja meragui bayumu,
aku cuma keliru pada desirmu.


ribut yang melanda hampir saja memusnahkan aku,
meniup kencang tubuhku jauh,
terdampar pada sudut dunia yang tidak pasti,
dan kehilangan pedoman diri.

wilayah ini walau jauh,
sudah cukup menggembirakan aku,
kerana ia memberikan aku sejuta senyuman,
walaupun epiog cerita ini tidak sama,
aku masih lagi pelakon yang serupa.


A ROSE BY ANY OTHER NAME ... tuberose

  Salam and good day.  It's the end of July/ early August, and my tuberose is blooming. Go figure. Despite its name, tuberose is not act...