WILAYAH SELEPAS HUJAN
seperti pohon kering yang tidak berdaun,
seperti itu jugalah tandusnya hati ini,mencari kedamaian diri,
yang hilang ditelan gerhana,
kerana padaku,
damai itu ada pada senyummu.
sungai itu hampir kering airnya,
yang masih tidak mahu mengalir,
pecahkan saja empangan kepiluan itu,
agar sungai itu mampu mengalir,
dan pohon kering kembali menghijau.
angin bisikkan aku rindu semalam,
pada hangat dakapanmu,
bukan sengaja meragui bayumu,
aku cuma keliru pada desirmu.
ribut yang melanda hampir saja memusnahkan aku,
meniup kencang tubuhku jauh,
terdampar pada sudut dunia yang tidak pasti,
dan kehilangan pedoman diri.
wilayah ini walau jauh,
sudah cukup menggembirakan aku,
kerana ia memberikan aku sejuta senyuman,
walaupun epiog cerita ini tidak sama,
aku masih lagi pelakon yang serupa.
angin bisikkan aku rindu semalam,
ReplyDeletepada hangat dakapanmu,
bukan sengaja meragui bayumu,
aku cuma keliru pada desirmu.
ini rangkap paling saya suka.
gaya tulisannya indah.
dah tentu,lihatlah siapa yg mulakan verse tu.hahaha.
ReplyDeleteindah indah
ReplyDeletemengelamun kejap
love it!!!
ReplyDeletetetiba rendu kat sg lembing...hehehhe
ReplyDeletenice one
ReplyDeletecepatlah madam..update blog pasal kita berjalan-jalan di Megamall sambil tgk filem talentime....
ReplyDeletehehehehe....
hujan ... rahmat dan kedinginan.
ReplyDeleteaku tk pernah nmpak snyuman mu...tapi aku dpt mrasai suka dn duka mu
ReplyDeletehehehehehe