sungai lembing...hari ini dan semalam




Tadi, aku pergi lunch bersama Tito,Daos dan Faiz. Kami pergi ke Jaya Gading, ke restoran perantau sebab Tito nak makan lauk favourite dia…ikan Patin dan aku nak ABC. On the way ke Jaya Gading, entah macam mana kami bercakap pasal Sungai Lembing…aku kata, aku memang sangat suka Sungai Lembing, sebab tempat tu sangat tenang…sesuai dengan jiwa aku yang bukan metropolitan ini…


Kebetulan pula, Tito tak pernah sampai ke Sungai Lembing, dan Daos pula…Sungai Lembing tu my kampung…katanya, tapi dah berpuluh2 tahun tak pergi situ….motif sangat….aku pula…err…my next class is at 4.00…



Maka atas alasan2 yang memang kuat itu, selepas lunch, kami pun tak pasal2 sampai la ke sungai Lembing...ikut jln Panching…tak jauh, Cuma 28 km dari Jaya Gading. Tito dan Faiz sangat excited nak mandi sungai…tapi tak bawak baju pulak kan…tak pe la…lain kali ok…


Aku tunjukkan pada mereka kesan peninggalan lombong bijih timah bawah tanah yang terbesar di dunia…kami menyeberangi jambatan gantung PHSM…hehehe…kami berjalan2 di kampong seberang sungai itu…sambil melihat pemandangan …ada yang indah, ada yang spooky..terutama rumah2 yang ditinggal tanpa penghuni…boleh buat lokasi filem seram…Cuma kami tak sempat nak masuk museum…sebab aku ada class…huhuhu…lain kali saja kita ke museum…


On the way balik pulak, aku terlepas simpang ke Panching…huhuhu …kena la lalu ikut highway balik ke UMP…propa sangat kan…tak pasal2 kena bayar tol…RM2.30…tapi…sempat juga aku ke kelas pukul 4.00 aku…


Itu la kisah perjalanan kami yang sama sekali tidak dirancang…tapi sangat menyeronokkan…


aku terkenang my previous trip to sungai Lembing…bersama sahabatku…yang kini aku rasakan semakin jauh…sungguh gembira kami saat itu…dan saat ini, aku amat rindu padanya…

4 comments:

  1. i quote 'dan Daos pula…Sungai Lembing tu my kampung…katanya, tapi dah berpuluh2 tahun tak pergi situ….motif sangat…'

    over je brpuluh2 thn,exaggerate sgt.i bru 19 n a lil bit more.da last time i went there was like 3,4 yrs ago..motif sangat...

    ReplyDelete
  2. madam dah jumpa pengganti i dan azwan?? hehehe...

    ingat dulu, i dan azwan akan selalu berjalan-jalan dengan u..sampai ke arau dan sarawak! Tapi, skrng ni semua tinggal kenangan!!

    Huhuhu..takpe, yang penting u happy!!

    ReplyDelete
  3. suh je fais tu mandi sungai takyah pakai baju.. heheheheh...

    ReplyDelete

:-)

Nevermore