ads

Sunday, 19 October 2008

jodoh datang bergolek????....

semalam aku ke rumah my mom in law...dia buat open house. seperti biasa, aku dan sis in law yang hampir2 sebaya akan ambil contract cuci pinggan...contract masak memasak kami serahkan pada aunty2 yang lebih berusia dan matang...hehehe

anyway, bukan itu yang aku nak cakap pasal sekarang. aku cuma nak highlightkan conversation aku dengan salah seorang makcik...my mom in law punya cousin, kami panggil dia Mak Andak...conversation macam ni memang selalu terjadi...itu sebab aku agak phobia nak berbual dengan generasi tua...lagi pun, aku memang tak pandai berbual dengan golongan tua2...huhuhu

sambil aku mencuci pinggan...

Mak Andak : Mala, engkau ni masih sorang lagi ke...sampai bila engkau nak hidup sorang
diri. engkau tunggu apa ...nak tunggu dia bangun semula, dia takkan bangun lagi.

Aku : (sentap kejap)...belum ada jodoh la Mak Andak.

Mak Andak : engkau asyik terperap kat rumah, mana nak jumpa jodoh.

Aku : saya tunggu jodoh datang bergolek...(motif????)

Mak Andak : jodoh takkan datang bergolek. Engkau kena pergi cari...dulu alasan anak2 masih kecil... sekarang anak2 semua dah besar...

Aku : (boink)...err...

Mak Andak : kawin je la Mala. Tak de orang nak marah kalau engkau kawin lagi...

Aku : (have mercy!!!)...ye la Mak Andak, kalau jodoh datang bergolek nanti, sure saya kawin.

conversation terhenti disitu dengan alasan aku kena pergi kutip pinggan kat depan...huhuhu

FLY

"if you surrendered to the air, you could ride it" - Toni Morrison "when everything seems to be goimg against you, r...