Tuesday, 1 September 2009

siapa lambat...

I
i
Embun masih dihujung daun
Pepatung leka mengunyah kelopak orkid
Dengan ketepatan matematik
dipotong mengikut simetri
Leka…tanpa menghiraukan keadaan sekeliling
Dua dahan keatas
Mata hitam kecil leka memerhati
Menunggu saat yang tepat
Untuk bertindak...
Leka...tanpa menghiraukan keadaan sekeliling
Jauh diudara
Mata cokelat memerhati
Lingkaran hijau
Dibawah camouflage daun...

Siapa lambat …akan menjadi makanan...