erk....

8
8
petang semalam...
aku dan jamee ke bandar.
aku memandu kereta aku...ya batmobil aku...yang pada waktu itu takde sangat rupa batmobil...sebab dah lebih kurang sebulan aku tak jenguk jejaka2 di tempat cuci kereta...
boleh dikatakan...
bahagian belakang kereta aku tu memang cuma warna debu je...
boleh buat finger painting...huhu

anyway...
sewaktu berhenti di traffic light...
ada sebuah kereta didepan kami...jenis trooper...
aku tak perasan jenama apa kereta tu,
sebab aku leka tengok nombor2 kat traffic light didepan...
oh...kereta didepan aku tu...boleh tahan juga kotornya...
bahagian belakangnya hampir semua dihias dengan lumpur
ala2 canvas untuk finger painting juga la....

tiba2 jamee...sambil senyum2 bertanya pada aku...

jamee: mama....

aku: (jeling je...masih terpukau dengan nombor2 didepan)

jamee: mama rasa antara kereta kita dengan kereta depan ni...mana yang lebih kotor...

aku: erk.... ( ciss...laha )

aku...hari ni dah suruh Lily pergi hantar cuci...hehe...

mainan tidur...atau...

tadi aku tertidur....

aku bermimpi...

gigi hadapan ku di barisan atas menjadi longgar dan hampir2 tercabut.

kata orang tua2...tak tau la betul atau tidak...
jika bermimpi gigi tercabut tandanya ada orang yang kita kenal akan meninggal.

tambah mak mertua aku pula...
kalau gigi atas, maknanya orang tu lebih tua dari kita,
kalau gigi bawah yang tercabut, orang yang lebih muda dari kita yang akan pergi...

tak tau la...mungkin tak betul...mungkin itu hanya mimpi...mainan tidur kata orang...

namun....aku terganggu...

be still my beating heart...

WISHING YOU ...

i
i

selamat berpuasa buat semua
sahabat.
maafkan jika ada
kesilapan.

MENCINTAI BUKAN BERERTI MEMILIKI - the flipside

ok kimi, puisi untuk kau...saya tulis dua terus...lol..


mencintai bukan bererti memiliki-2


dibawah langit yang cerah dan biru
aku teringat padamu

ditengah kedinginan bayu subuh
hatiku kau sentuh
dengan tusukan mawar berduri
diriku kau calari

bersama kelopak mawar yang gugur ke bumi
aku mati
yang tinggal cuma luka itu
yang ada cuma darah itu


mencintai bukan bererti memiliki-the flip side
dibawah langit yang cerah dan biru
aku teringat padamu

bersama putihnya awan yang berlalu
kau pergi dariku

ditengah keheningan senja ungu
aku masih menunggu
dalam mimpi pada hitam malamku
kita sering bertemu

walau cuma dalam mimpi
hakikatnya aku tetap disini
aku...mahu menggunakan silver bullet, perlu yakin yang ia akan berkesan...kalau tidak werewolf tidak akan mati...jika yakin...peluru kayu pun mampu menjadi silver bullet...:-)

ikut hati...mati

kerugian cinta...

topik hot chat pagi ini...based on an article dalam KOSMO ...mengisahkan seorang wanita yang ditipu hampir 20 ribu oleh seorang lelaki yang dikenali melalui internet, yang berjanji untuk berkahwin dengan wanita tersebut...

selain dari itu...ada juga pemanggil dan penghantar sms menceritakan pengalaman yang sama dengan boyfriend/girlfriend mereka..tak ada diskriminasi gender disini....lelaki dan wanita...dua2 predator dan dua2 victim...

bukan sikit2 duit yang mereka belanjakan untuk gf/bf mereka ni......
ada yang ditipu 40 ribu...ada yang 80 ribu...ada yang guna duit PTPTN untuk diberi pada bf...semua nya kerana pasangan berjanji untuk mengahwini mereka...semuanya kerana cinta...


yang aku paling tak boleh terima...mereka bukan kenal lama...baru kenal dua tiga minggu...ada yang tak pernah jumpa pun...cuma kenal melalui internet saja...dah sanggup berhutang dan bergadai untuk memberi duit pada lelaki/wanita itu...

cinta?...mungkin benar kata orang...cinta itu buta...dan orang yang sedang dilamun cinta dibutakan dengan janji dan kata2 indah...seperti kata kumpulan Spring...Jika benar cinta itu buta...Butakah mata ku...well...apparently...yes...

dan...cinta juga menyebabkan proses komunikasi antara otak dan hati terhalang...maka ramai yang tidak dapat berfikir secara rasional sewaktu dilamun cinta...

dalam peperangan antara minda dan emosi...selalunya emosi akan menang...ikut hati mati...ikut rasa binasa...itu kata minda...kata Sixth Sense....Tanpa..Cintamu aku resah...Tanpa..Kasihmu aku hampa...Tanpa..Dirimu aku mati

kerana itu...tak boleh nak salahkan mereka2 yang tertipu ini...bercinta perlu pakai otak...kata Rossa...tapi bagaimana nak guna otak jika signal2 berbentuk amaran dari otak tersekat alirannya sebelum sampai ke hati...akibatnya mereka yang terpaksa menanggung hutang...

yang nyata...mereka semua telah belajar dari kesilapan mereka...salah seorang pemanggil lelaki berkata...semua wanita cantik tak semestinya baik...dan...jangan percaya semua lelaki...kata seorang pemanggil wanita...aku ignore je statement mereka sebab mereka sedang emotional...

kalau ikut kata Pianka...

Aku mahu mobil yang besar
Aku mahu rumah yang besar
Aku mahu upah yang besar
Wang untuk berbelanja

Aku mahu impian besar
Jika mahu menjadi pacar
Aku mahu yang besar-besar saja...

mampu?????...ahahaha

aku...cinta jenis apa itu...jenis touch n go atau jenis pakai buang...erk...

Nevermore