Salam and good day,
semalam saya berjumpa dengan sahabat blogger...kuehbakar.
kebetulan dia datang ke Kuantan untuk perkahwinan adiknya, so, petang itu, sewaktu dia singgah di Teluk Cempedak on the way balik ke KL, saya pergi jumpa dia...tak jauh dari rumah pun...lebih kurang 5 km je...jalan straight je dari rumah ...terus sampai TC...
actually, jumpa kat TC ni, plan D, setelah plan A, B, dan C tak jadi....murphy's law...kan...
lagi pun, katanya, nak beri sebuah buku pada saya...
cute rupanya si kuehbakar ni...kecil dan comel...
saya kategorikan semua orang yang lebih rendah dari saya...ie...kurang dari 166cm sebagai kecil...unfair generalization...but what the heck...
dan rasa saya, dia ni agak pemalu sikit...itu impression yang saya dapat, mungkin tak betul
anyway, kami jumpa sekejap je...around 15 minutes, just untuk dia beri buku pada saya...
tapi, yang penting, walaupun cuma 15 minit, dia bukan lagi sekadar sahabat maya bagi saya...dia sudah menjadi sahabat realiti yang comel....:-)
buku apa yang kuehbakar beri?
tajuknya...Mencari Indah oleh Lim Swee Tin...cetakan pertama 2009 ok...
gambar cover ni aku ambil dari internet, sebab entah kenapa, bluetooth device kat comp tiba2 hilang...boink terus ...
buku ni adalah kumpulan puisi yang di tulis oleh Lim Swee Tin, seorang penyair dan deklamator puisi yang juga merupakan Professor Madya Kesusasteraan Melayu di Universiti Putra Malaysia. further info...google...
basically, puisi didalam buku ni terbahagi kepada 3 kumpulan, dibawah 3 tajuk utama...ie: Mencari Indah, Cerita dan Di Bawah Langit Yang Sama....Ya aku dah habis baca...sebab tu aku boleh buat review...
secara ringkas...
puisi2 dibawah tajuk Mencari Indah adalah bertemakan rencah serta misteri kehidupan dan pengalaman, Cerita pula membawa puisi2 tentang perjuangan yang bertemakan kemerdekaan, budaya, seni serta bahasa tanahair dan Di Bawah Langit Yang Sama adalah kumpulan puisi yang menceritakan tentang kehilangan cinta sesama manusia akibat dari kerakusan kuasa serta ketamakan harta.
tanpa menggunakan bahasa yang terlalu abstract, bagi saya puisi2 Lim Swee Tin agak straightforward serta mudah difahami.
ok...cukup. ini saya letakkan dua dari puisi2 yang saya consider sebagai favourite dari buku ini...
Mencari Indah
(di bawah tajuk Mencari Indah)
Dalam kabus-Mu...aku berjalan
aku mencari...susur laluan
tunjukkan aku...manakah haluan
apakah sedang
aku ke selatan
langkahku ini...berpalit keliru
menanti pasti...darinya waktu
turunlah angin...dingin menderu
damaikan aku
dihujungnya ragu
siapa akan...bisikkan padaku
di sini bukanlah
penentu
akan sebuah pencarian itu
tenanglah akhirnya
malamku
dalam hujan-Mu...tunduk berserah
di dalam cermin...merenung wajah
rambut kusutku...kusentuhi basah
hidup ini
sesungguhnya indah
Kita Masih Punyai Malam Untuk Bermimpi
(dibawah tajuk Di Bawah Langit Yang Sama)
Telah
hidupmu ditakdirkan
terisi tangis rintihan
nasib menjadi mainan
kasih dan sayang...berbalam.
sudah
kususuri jalanan
tika debu berterbangan
senja merah kejauhan
kemanusiaan...sirna hilang
pagimu
disajikan peluru
siang
angin bawa khabar pilu
disana letupan bergema
cinta kini
diberi makna berbeza
Wajah
di mana-mana teduh
di tengah hidup mengaduh
o, esokmu apakah janji
kita masih ada
malam untuk bermimpi
cited in:
Lim Swee Tin, Mencari Indah, 2009, Citra Kurnia Enterprise, Selangor,
thank you kuehbakar