Thursday, 21 May 2009

Hikayat Raja Pasai...ini bukan book review

Lada siapa dibangsalkan
Selama lada sekerati
Pada siapa disesalkan
Tuan juga empunya pekerti
pg 63

wah, terlalu sekali ahmak budiku!
karna perempuan seorang, saudaraku kuturunkan dari atas kerajaannya dan menterinya pun kubunuh.
Sultan Malikul Mansur, pg 32

...sultan itu tiga puluh anaknya, dalam pada itu yang seibu sebapa lima orang, tiga orang laki-laki, yang pertama namanya Tun Beraim Bapa, kedua bernama Tun Abdul Jalil, ketiga bernama Tun Abul Fadil, dan dua orang perempuan, seorang bernama Tun Medam Peria dan seorang bernama Tun Takiah Dara.
pg 35

Tetapi akan sultan itu terlalu ia berahi akan anaknya yang bernama Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara itu; maka pada suatu hari, Sultan Ahmad semayam dihadap segala menteri dan hulubalangnya, maka baginda bersabda..." Jika seorang bertanam tanaman, siapa yang harus dahulu makan dia?" Maka Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukara pun berdatang sembah, " Ya Tuanku Syah Alam, jikalau kami yang diperhamba ini bertanam tanaman, orang lain juga harus dahulu makan dia, lagi terlalu besar pahalanya mendahulukan jamu itu," karna Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukara itu tahu ia akan kias kata raja itu. Maka baginda pun murka akan Tun Perpatih Tulus agung Tukang Sukara itu.
pg 36-37

Maka dalam suatu hari, Tun Perpatih pun menyuruhkan seorang perempuan memberitahu Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara akan perkataan sultan bersabda itu...Maka Tun Medam Peria pun menyuruh memberitahu saudaranya Tun Beraim Bapa di Tukas. Maka tatkala kedengaranlah khabar itu kepada Tun Beraim Bapa, maka ia pergilah dengan segeranya ke Pasai ...disuruhnya kedua saudaranya memakai lalu dibawanya ke Tukas. Maka Seri Sultan pun marah berdendamkan Tun Beraim Bapa, sebab membawa kedua saudaranya ke Tukas itu.
pg 37


Ayuh Dara Zulaikha Tingkap bergelar Derma Dikara! Rahsiaku ini jangan kau perkatakan kepada seorang jua pun, jikalau Si Beraim Bapa tiada ku bunuh, kerajaanku jangan kekal dan bau syurga pun jangan ku cium.
Sultan Ahmad, pg 41

Diamlah tuan2 sekalian, karna Si Beraim Bapa sekali2 tiada ia mahu derhaka, jikalau Si Beraim Bapa mahu derhaka, jika Pasai se-Pasainya, jika Jawa se-Jawanya, jika Cina, se-Cinanya, jika Siam, se-Siamnya, jika Keling, se-Kelingnya, tiada dapat melawan Si Beraim Bapa. jika tiada aku kerajaan di dunia ini, di akhirat pun aku peroleh juga.
Tun Beraim Bapa, pg 48

Maka sabda sultan kepada mereka itu, " Hai kamu orang seri perbuatkan aku ubat hangat karna anakku Si Beraim Bapa bekas ia menyelam kalau-kalau ia dingin." Maka orang seri pun berbuat peniaram. Maka dibubuhnya dalam peniaram itu racun...Maka sabda baginda, " Pergilah kamu hantarkan ubat hangat ini kepada anakku karna ia dingin bekas menyelam itu."...Apabila sampailah kedua mereka itu kepada Tun Beraim Bapa serta katanya, " Inilah ayapan daripada paduka ayahanda ubat hangat karna tuanku dingin bekas menyelam."
pg 53

Maka Tun Beraim Bapa pun tahulah akan racun itu... " Jikalau ku makanan ini nescaya matilah aku, jikalau tiada ku makan nescaya derhakalah aku, tetapi baiklah aku mati daripada nama derhaka."

Maka diambilnya peniaram itu sebiji lagi, maka handak dimakannya, maka tatkala itu dilihat oleh Tun Medam Peria hal yang demikian itu, maka deperebutnya daripada tangan saudaranya lalu dimakannya, maka ia pun lalu matilah. Maka diambilnya sebiji lagi, maka diperebut olah saudaranya yang bernama Tun Takiah Dara lalu dimakannya, maka ia pun lalu mati...Maka Tun Beraim Bapa pun mengambil peniaram itu, lalu dimakannya yang tinggal daripada dimakan oleh saudaranya itu...Maka diambilnya lembingnya, lalu dilontarkannya. Maka katanya, ..."Hai mamakku Malik Akasan di mana lembing hamba itu jatuh, disanalah hamba ditanamkan."
pg 55-56

Maka Tuan Putri Gemerencang pun berdatang sembah, " Ya Tunku Syah Alam, ...karna rupa Tun Abdul Jalil anak raja benua Pasai itu pada hati hambamu tiadalah dapat patik kelupai barang seketika jua pun, dan karamlah rasa patik dalamnya. seperti kata syair:
Telah didatangkan atasku percintaan, jikalau percintaan didatangkan atasku segala hari ini seperti semalam jua adanya. "
Radin Galuh Gemerencang, pg 59

...Setelah didengar Sultan Ahmad, maka sultan pun tiada lah lagi karar hatinya daripada hendak membicarakan daya upaya membunuh Tun Abdul Jalil itu jua pada siang dan malam.... "...jikalau Si Abdul Jalil tiada ku bunuh kerajaanku jangan kekal dan Tuan Puteri Gemerencang pun jangan ku peroleh." ...maka Tun Abdul Jalil disuruhnya bunuh. Maka dibunuh oranglah ia.
pg 60

Hatta beberapa lama antaranya, maka kelengkapan Raden Galuh Gemerencang pun datanglah ke laut Jambu Air itu....orang dalam jong itu pun bertanya, katanya, " Apa nama negeri ini?" Maka sahut orang mengail itu, " Adapun nama negeri ini Pasai." Maka kata orang dalam jong itu, " Apa ada khabar dalam negeri ini?" Maka sahut orang mengail itu, " Adapun khabar dalam negeri ini badak makan anaknya." Maka kata orang dalam jong itu,
" Tiada kami tahu apa ertinya katamu itu."
" Adapun ertinya, ...
pg 60

reference: Jones, Russel, Hikayat Raja Pasai, 1999, Yayasan Karyawan dan Penerbit Fajar Bakti sdn bhd, Kuala Lumpur

aku...akhirnya Pasai ditawan Majapahit...

21 comments:

en_me said...

citer melayu lamer tewww.. salamms

baincardin said...

bayangkan, jika Majapahit tidak menakluk Pasai...?

NoName said...

.....

*speechless*

hahahhahaha...aku cuba untuk faham..tapi kene baca 10 kali :D

sorry aku lambat skit kalau sastera melayu ni *blushing*

aloy_paradoks said...

rajin lu bace buku lama..

re;
eleh,, senang je nak jawab.. amik contoh driver bas.. lu tak panggil die pekerja asing,,
betul! sbb die org malaysia...

tapi adakah lu tau nama die siapa?
takkan?
so die org yg asing dlm hidup lu..
jadi asing la jugak tu..

aloy_paradoks said...

mmg benar kata gua kan... mmg byk benda yg asing dlm hidup kita..

Dato Paduka Masri said...

re: nanti aku update lagi bila nak pi... sebab nak tggu adik datang kl lagi... hehehehehe....

addyaholix said...

saya tak cukup rajin nak baca cerita sejarah. haha!

dan terima kasih untuk puisi tu. manis!

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam malam patungcendana,

aku ingatkan tersilap masuk blog tadi, rupanya kamu menulis daripada kutipan laras sastera lama...

aku tetap suka ... baca dan baca lagi.

DrSam said...

cerita hikayat lama kalau dilayan memang mengiurkan. Siang malam boleh berjaga.

VersedAnggerik said...

ahhhh...

malay literature.

something I'm lousy at! totally!

en.Adam said...

sejarah itu indah..
tapi mlm ni penat sikit
tak dapat nak baca dan menghayati..
mungkin esok:-)

jumapx said...

gigih buat rujukan dan rumusan...he3

~~~ kay ~~~ said...

(^_^) have a lovely day!

aloy_paradoks said...

re: tak,, bukan,, itu adik die,, atuk gua yg ni kebolehan die ubat sakit kulit je, mcm kurap, kayap dll.

a.b geldofg said...

:)

aloy_paradoks said...

die ubat bukan nak kasi cantik,,, nak kasi sembuh je.hehehehe.

proton lu lama lama reput sebab berkarat kene air masin..

en.Adam said...

re:kota baru dalam minda aku lah..
kota baru ni len skit..hahahha

mmg interestin makhluk bernama aloy ni
patut jmpa in person ngan dia!!
hahahaha

en.Adam said...

re:
walaupun jauh namun tanah tempat asalnya
aku tetap akan ada dalam kepala ni
sampai bila-bila..hehehe

okay,jum jumpa makhlk aloy ni!
jum jum
kteorang ada terlibat dengan pementasan
teater Berani Mati untuk festival teater selangor
patung xnak datang??

faziz ar said...

kira-kira tahun berapakah episod ini berlaku? membacanya dapat merasai degup jantung manusia nusantara khasnya melayu.. tertarik dengan ungkapan jawa dengan jawanya..cina dengan cinanya..keling dengan kelingnya.. ini membuktikan bahawa nusantara dihuni oleh manusia majmuk.. apakah mereka berpadu.. nampaknya manusianya melayu terlalu berhemah dengan bangsa lain tetapi punyai sifat keji dan hasad dengki serta terlalu politiking hatta sesama keluarga... tk..atas sumbangan pengetahuan

kueh bakar said...

raja dulu
raja sekarang
sama jerk..

kua kua kuaaa

FendyHekka said...

raja haper pn xkisah.... jangan raja azrul sudeh.... ha3..