bila motivation is low...saya dengar lagu ini.. Tajuk Lagu: Semangat Yang Hilang Penyanyi/Artis: XPDC
Tidak engkau seorang Juang hingga titisan Rempuh tak berharapan
Nanti aku di sana Di ufuk pemikiran Lalu menghayatinya Di dalam kubur manapun Jasad aku ditanam Aku akulah jua
Kita laksanakan Mata hati yang damai Di sana kejujuran
Semarak impian segunung harap dipulang Usahlah diragukan keupayaan sendiri Hati yang membara mengikutkan kata-kata Jawapannya di sini Semangat kita yang hilang Oh kita cari pulang
Malu bertanya kawan Sesat cari jalan pulang Biar ia berkesan Di lubuk hati terbenam
satu hari patungcendana dikaki senja mula bertanya andaiannya itu adakah benarnya atau ia khayalan cuma lewat malam masih menunggu tiada jawapan hanyalah bisu jiwa yang teguh menjadi lesu hati luluh menjadi debu hatinya patung kini tertanya kebisuan itu apa ertinya mungkinkah ia membawa makna andaiannya itu benar belaka tahulah kini patungcendana diri hanya gagak dirimba terasa diri tidak berharga nyatalah dia...patung cuma.
saturday : 27.02.10 tengok The Godfather and The Godfather Part 2... teringat zaman di universiti.... ramai2 tengok The Godfather Part 3... dan saya sangat suka lagu ini...
gembira berjumpa AJ setelah lebih 20 tahun tidak bertemu. baru saya tahu siapa sebenarnya Abdullah Jones. sebelum ini saya cuma tahu dia salah seorang kawan arwah abang saya, yang sering lepak dirumah kami sewaktu muda2 dulu. tapi saya tak tahu kawan yang mana satu, dalam fb dan blog pun tak pernah ada gambarnya... dan dia sendiri juga tak mahu beritahu saya siapa sebenarnya dia...not fair...dia tahu saya, saya tak tahu dia...
sangat curious saya mahu tahu identity nya. maka kami cuba set date untuk saya ke studionya...tapi beberapa kali (maksudnya banyak kali, ok) tak jadi, sebab AJ sangat busy orangnya...jarang ada di kuantan.
at last, hari semalam dia kata dia free, maka, loaded with curiosity and excitement...hehe, saya ke studionya di Cenderawasih...tak jauh cuma 15 minit dari rumah saya...
first saya nampak wajah yang agak familiar, tapi saya memang tidak ingat namanya...sehingga diberitahu ... memang seronok berjumpa kawan yang sama generasi, banyak cerita yang dikongsi...dan....yang paling penting....saya ada semula kawan untuk melepak di kuantan...hehe
sorry, gambar AJ saya tak boleh letak...nanti kena saman 2 juta...:-D
berjumpa Abdullah Jones mengingatkan saya kepada arwah abang ...rindunya saya pada dia... :-(