NILAI SEORANG SAHABAT

Aku tidak suka dibohongi. tiada siapa yang suka dibohongi... samada pembohongan yang besar atau kecil.... bagi aku... bohong tetap bohong... mungkin ramai yang tidak setuju, terpulang... itu pendapat masing2... lain padang lain belalang.

Jika aku tahu aku dibohongi aku akan bertanya... kenapa... aku perlu tahu kenapa, adakah pembohongan itu memang sengaja untuk menyakiti hati aku, atau untuk menjaga perasaan aku, atau untuk menjaga reputasi orang lain.

namun, bila aku bertanya dan yang aku dapat hanya dolak dalih, apa yang perlu aku fikirkan. Dolak -dalih hanya akan memaksa aku membuat kesimpulan yang aku sendiri tidak ingin buat. 

Tetapi... aku biarkan... kerana dia seorang sahabat, bukan seorang kekasih. Bagi aku, seorang sahabat lebih besar nilainya dari seorang kekasih. seorang sahabat, walau bertahun tidak berhubung, akan kekal sebagai sahabat, tapi kekasih, jika bertahun tidak berhubung... pastinya sudah menjadi milik orang lain. Jika kekasih yang berbohong, tak akan ada tolak-ansur lagi di pihak aku.

Maka, demi menjaga persahabatan, aku berkata... biarlah... itu akan aku jadikan sempadan... sempadan pertuturan serta perlakuan. Apa pun yang terjadi... tak mengapa, asal saja persahabatan mampu dikekalkan.

ps .. aku teringat lagu nyanyian Ella... 

bukan kecewa dipinggirkan
aku kecewa tiada kejujuran ..
bukan bersdih disakiti
teramat pedih diri dikhianati...
sebelum kasih menjadi benci
aku memilih berpisah disini 

bila tiada kesetiaan
tak mungkin teguh pendirian
biar menangis diketika ini
tak rela ku mengemis kemudian hari Hilang kekasih mungkin berganti
yang kuharapkan, teman sejati... 

tiba2 rasa nak dengar lagu itu...




 






No comments:

Post a Comment

:-)

Nevermore