Tuesday, 28 July 2009

kerana talk is cheap...

jangan bercakap tentang takdir kepada ku...
kau yang tidak pernah dicalari...
apa lagi disentuh oleh takdir...
jangan sekali-kali suruh aku bertenang...
sedangkan kau tak tahu apa yang bermain dalam fikiran ku...
andai kau di tempat aku...
mampukah kau sendiri bertenang...
kau minta aku supaya tabah?...
tahukah kau...
hanya ketabahanlah yang memberi aku tenaga
untuk terus berdiri di muka bumi ini
kau faham apa yang aku rasa...
bagaimana kau boleh faham...
kau pernah mengalami seperti aku?...
jika tidak...
mana mungkin kau faham...
tak perlu cuba senangkan hati aku...
kalau tak mengerti...
diam saja...
jika aku mahu kau mengerti...
pasti aku akan terangkan secara terperinci...
aku bukan minta kau mengerti...
cukup kalau kau berdiam diri...
cukup kalau kau disisi...


aku...mahu memanjat pelangi sambil membelah langit...

33 comments:

momo the munkee said...

camne nak panjat pelangi?camne nak belah langit?bole bagi tutorial x?

anaklaut said...

salam...PC

TENTANG TAKDIR

Malam membingkai bintang, aku menghitung berapa bait syair kutulis
Hingga cahayanya jatuh memantul masa depan
Aku juga telah membaca, berapa puisi yang kulantunkan harapan
Hingga satu dari cerita masa lampau menjelma
Hari ini aku telah mengalami nasib terpuruk sama persisnya

Aku sudah menghapus beberapa catatan yang kuikrarkan dalam
Pendangan makna sampai pada muara luka
Tidak perlu aku menunggu matahari terbit
Kerana sinar cahaya telah menghantar purnama pergi
Pada malam aku telah belajar merajut ketulusan

ANAKLAUT

mamai said...

yes cakap tak kena bayar kalau kena bayar pasti semua orang bisu.

yes pasal cakap tak kena bayar maka ramai orang cakap ikut suka hati

yes pasal cakap tak kena bayar ramai orang tergadai body hilang budi

yes pasal cakap tak kena bayar ramai orang mati

yes pasal cakap tak kena bayar tempat peguam cari rezeki

yes pasal cakap tak kena bayar aku banyak cakap la nie

so direct dear....aku suka

wahyudi my said...

nasihat memang murah di mana mana.. kan..

IT'S Me N.a.N.a said...

BETUL. KITA TIDAK PERNAH MINTA UTK DIKASIHANI. LAGI DIKASIHI.HANYA MEMINTA PENGERTIAN.

T_T

bias® said...

panjat pelangi satu hal. nak belah langit? pakai apa? beliung?

GRuNGe said...

Bukan takdir yang ku salahkan,
Bukan ku suruh kau bertenang,
Kerana aku bukan kamu,
Tidak mengetahui ada di benak fikirmu.

Aku tidak meminta kau tabah,
Kerna ku tahu itu memang dirimu.

Mana mungkin ku bisa faham kamu,
Sedangkan diriku sendiri aku masih buntu.

Bantulah aku untuk mengerti,
Kerna ku tak bisa berdiam diri,
memandangmu memanjat pelangi membelah langit,
Seorang diri.

lakijiwang said...

sedang belajar memanjat pelangi.

adibah said...

kalau dia ada di sebelahku
aku akan tidak boleh bercakap
terus jadi bisu

@tune® said...

...
(aku senyap)

naza nur saad said...

yes..talk is cheap..
kerana itu,
aku selalunya diam bila aku tidak pernah dalam situasi yang aku sendiri tak faham.

ber_uwang said...

aku cuma mampu berdiam tampa di sisi..

boe~ said...

sendiri rasa sendiri tanggung sendiri mau hengat...

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

memahami tak semestinya merasai.
merasai tak selalunya mengerti.


bercakap memang senang.
tapi cakap-cakap saja..tak semestinya sampai ke hati.


u rock!!!!

addyaholix said...

dia makin jauh.
dan aku hampir bisu.

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam PatungCendana,

"menghormati orang lain juga bermaksud menghormati diri sendiri",

"takdir bukan ditulis oleh manusia, itu hakikatnya",

"senyum selalu".

jumapx said...

mampukah?
pelangi tak tersentuh...
langit tak tergapai...

mcm mana tue?

anaklaut said...

salam...patungcendana,

terima kasih singgah..

tq sudi senyum untuk anaklaut..:))

marissa norfis said...

kalaulah boleh panjat pelangi tu btol2 kan madam...bleh lah main2 kat atas awan...hehe

anaklaut said...

salam...tq..

DrSam said...

lidah tabiinya memang begitu
lembut tiada bertulang
namun bisanya umpama pedang

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

uhh....len macam seloka? panjat langit guna apa ar?

alang said...

Ada prob ke Cendana? Aku tak boleh paham masalah apa yg kau hadapi,aku tak mampu nasihatkan kau apatah lagi memyuruh kau bersabar dan tabah tapi Aku boleh menjadi tempat kau mengadu. InsyaAllah. Moga hilang sedikit beban di bahumu. :D

~~~ kay ~~~ said...

salam pagi Jumaat.....
(^_^)

en_me said...

nak panjat pelangi ghitewww.. ehehe

momo the munkee said...

bile nak jar aku panjat pelangi ni?bosan la berpijak di bumi nyata...

anaklaut said...

salam...PC,

tq singgah memebri komen di anaklaut..kita serupa?

zul hafixi said...

jgn panjat... pelangi licin... gua da try aritu... 3 kali xlepas2 smp skang...

patungcendana said...

lakijiwang...

salam...kenapa tak boleh nak komen blog kau...? word verification tak keluar...

zul hafixi said...

re: xpenah cube tp sudah pasti jwpan nye...
pelangi d cincang x akan putus...

kimisai said...

cuma jangan biarkan takdir yang bercakap.Kalau mampu mintaklah segala percakapan kita menjadi takdir.Walaupun kita tahu hakikat takdir bukan dari pertuturan.

apa aku merapu nie??
Arrghhhhhh...!!!!

theconfused said...

panjat pelangi??? macamana yek??

nak juga kucuba daki... orang senang bercakap kan, kunu faham, tapi tak mengerti apa yg ita rasa.. :)

kimisai said...

rep- itu lah yg diharapkan oleh khalifah2. Biar percakapan menjadi takdir, jangan percakapan menyebabkab takdir.