Monday, 20 September 2010

detik

Sesaat aku terbau wangian cempaka di halamanku
Bersama hembusan angin yang kebetulan singgah
Sebelum berlalu …
Sedetik aku menarik nafas yang dalam
Membawa haruman terus ke jantung
Agar ia kekal disitu
Wangian saat ini
Angin detik ini

Walau esok
Cempaka masih mekar dihalaman
Wangiannya bukan lagi wangian saat ini
Angin yang membawanya juga
Bukan lagi angin detik ini
Lalu aku menarik nafas yang dalam
Membawa haruman terus ke jantung
dan untuk sesaat
Haruman itu milikku


sesaat, aku singgah dalam hidupmu
sedetik, kekalkan aku dalam jiwamu
dan cintai aku hari ini
Mungkin esok, terlalu awal
Mungkin esok, sudah terlewat.