TANPA TAJUK


puisi yang ditulis oleh seorang kenalan....yang di email kepada aku, maka aku postkan disini...aku tak tahu tajuknya...

Dicelahan lorong mengalir arus, gelombang cerita,
Suka duka,,, nyata,,,
bukan lagi tanda tanya,
Berteman kerelaan didakap erat bersama,
Tiada sesal harus diucap, tika aib datang menyapa,


Keluh kesah, derita jua yang ingin dicipta,
Beri,,,, terima,,, mengaburi ruangan mata,
Selagi runtunan nafsu, menggila meminta,
Tiada ungkapan terakhir dapat dikata,



Nikmat dunia berlegar seketika Cuma,
Tiba waktu,,,, detik terhenti percuma,
Ungkapan sesalan mula terdengar sayu bergema,
Menemani rintihan pilu pengganti irama.


Azman Mahmud, Pulau Pinang.

27 comments:

  1. best tapi kalau ada tajuk lagi senang untuk memahami isi hati

    ReplyDelete
  2. dah lame jadi silent reader...
    =)

    nice blog..
    btw i like ur gurl yg men gitar tuh...suke sbb dlm gmba tuh die pgg gitar.die mesti power kan?hee

    ReplyDelete
  3. Ni syair tentang hakikat. Tak boleh nak komen lebih2. hehe.

    P/s Aku lebih suka syair yg berilhamkan imaginasi dan angan2 yg indah. Tetapi aku tidak menolak syair tentang hakikat kehidupan.

    ReplyDelete
  4. gua bagi tajuk,
    LORONG.









    orait?

    ReplyDelete
  5. best ar sajak ni... layan sambil berfikir...

    ReplyDelete
  6. Salam PatungCendana,

    "saya juga kembali ke sini",

    "ada ke mari sebelumnya, tapi saya tiada meninggalkan kata-kata",

    "sedikit sibuk hujung-hujung tahun begini",

    "moga sihat selalu - banyak sekali gambar terbaru dari kamu".

    ReplyDelete
  7. okay...
    good
    best..
    sempoi..
    huahua..

    tapi nape xde tajuk mehh sis

    ReplyDelete
  8. aku tunggu puisi kamu untuk aku.

    ReplyDelete
  9. puisi tanpa tajuk
    umpama jasad tiada bernama

    ReplyDelete
  10. azman mahmud? macam nama pemain bola.

    ReplyDelete
  11. lame tak menjengah kesini..harap tidak di lupai..


    p/s:gua dah jumpe lu aka patung..hahah tak sangka...

    ReplyDelete
  12. simbolik sungguh tanpa tajuk

    ReplyDelete
  13. sis! salam kunjung! rasanya kita pnah jmpa! aku yang penjual buku2 tu!

    ReplyDelete
  14. salam Patung!^_^

    rasa lama sepi tanpa berita. atau diri ini kurang menyapa. doa berharap sihat sentiasa. Kerana Dia menentukan segala.

    Hav a nice day patung! ^_^

    ReplyDelete
  15. "tanpa tajuk" tu kira tajuk gak pe...

    ReplyDelete
  16. Tiba waktu,,,, detik terhenti percuma,

    itu pasti. siapkanlah bekalan

    ReplyDelete
  17. kalau manis bisa kekal selamanya...
    bahagialah tak terkatalah gamaknya...
    kalau pahitlah selamanya...
    menderita tak keruanlah hidupnya..
    tapi itu semua bukan sekarang..
    bila tiba saatnya nanti...
    barulah mengerti...
    apa maksud kehidupan di dunia ini...

    ReplyDelete
  18. hidup manusia memang rumit
    sebab apa?
    sebab manusia itu memang sukar difahami
    manusia ialah makhluk tuhan paling "kompleks' kan?

    suka baca seni bahasa yang indah.
    tenang hati dan buat kita berfikir!

    ReplyDelete
  19. aku masih setia menunggu cerita dari mu....

    ReplyDelete
  20. aku suka rangkap akhir.
    berkaitan dengan kematian...kematian mmg perlu n memang wajib bg semua orang ...saat nya wa bercerai dengan jasad...

    ReplyDelete

:-)

Nevermore