MIMPI...BERAT....edisi tertunggak



MIMPI BERAT : Paradoks : 18.10.2009




dah lama tak menulis...otak saya berat memikirkan apa yang nak ditulis, jari2 saya juga berat hendak menekan huruf2 di keyboard, namun saya berazam mahu update blog ini sebelum kelopak mata juga menjadi berat.
MIMPI itu BERAT,
amat BERAT
sehingga kekal didalam minda
tanpa mampu dianjak.
BERATnya MIMPI
bukan kerana keindahan tasik,
atau kemeriahan cahaya,
bukan juga kerana makanan...


MIMPI itu BERAT kerana KAMU...





bloggers


dan KAMU...


dan KAMU...




dan KAMU...




dan KAMU...

adibah, mamai, pentoi, addyaholix, jamee

dan KAMU...

angah silotape faiz
dan KAMU...


dan KAMU...


MIMPI BERAT...SENI BERAT


namun
memperjuangkan seni lebih BERAT...

Hanya Hati yang Benar-benar Pejuang yang Sanggup Terus Bertahan.

TAHNIAH PARADOKS

TANPA TAJUK


puisi yang ditulis oleh seorang kenalan....yang di email kepada aku, maka aku postkan disini...aku tak tahu tajuknya...

Dicelahan lorong mengalir arus, gelombang cerita,
Suka duka,,, nyata,,,
bukan lagi tanda tanya,
Berteman kerelaan didakap erat bersama,
Tiada sesal harus diucap, tika aib datang menyapa,


Keluh kesah, derita jua yang ingin dicipta,
Beri,,,, terima,,, mengaburi ruangan mata,
Selagi runtunan nafsu, menggila meminta,
Tiada ungkapan terakhir dapat dikata,



Nikmat dunia berlegar seketika Cuma,
Tiba waktu,,,, detik terhenti percuma,
Ungkapan sesalan mula terdengar sayu bergema,
Menemani rintihan pilu pengganti irama.


Azman Mahmud, Pulau Pinang.

LEMBARAN INGATAN

i
tercarik sudah
lukisan kisah
yang pernah kau lukiskan
pada kertas layang-layang
dan terbangkan pada awan april
seperti hilangnya dakwat
dimamah daun-daun waktu
kudratku pergi
bersama hancurnya angan
dan pudarnya keinginan
kerana
aku bukan layang-layang
yamg diciptakan untuk terbang
aku patung yang ditakdirkan tenggelam ditasiknya sendiri
i

UMP - konvokesyen ke 4 - 04.10.2009

Majlis Konvokesyen Komemoratif UMP... SULTAN PAHANG dapat ijazah kedoktoran Civil Engineering...

Saya cuma terlibat dalam perarakan akademik saja...tapi tengok gambar, macam saya yang grad...kan?
dengan Mei Ling (guru bahasa Mandarin)

menunggu di library

Gee dan Sarah (guru bahasa Inggeris)

jejaka2 Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan

.event ni lebih kurang macam raya la...setahun hanya sekali...tahniah buat semua graduan.

Nevermore