Saturday, 11 July 2009

haru biru - pt 3

aku ada seorang sahabat...

sahabat baik aku...dan memang dia sangat supportive dan banyak menolong aku...

cuma dalam satu aspek, kami sangat berbeza...duit...

ya...bagi dia, duit lebih penting dari masa, namun bagi aku, masa lebih penting dari duit. itu sebabnya, dia sanggup volunteer untuk mengajar di luar waktu jadual kelas, sekiranya ia tugas yang berbayar...namun aku, tak akan sekali2 volunteer untuk mengajar di luar jadual kelas harian aku, kerana aku mahu free-time aku.

masalahnya, dia tak pernah faham rational aku. tiap kali dia volunteer untuk kerja2 tambahan, dia akan memaksa aku bersama dia....alasan nya, sebab kami tinggal di kejiranan yang sama, maka kami boleh pergi dan balik bersama2...usaually malam la...dan dia takkan berhenti
sehingga akhirnya aku terpaksa mengalah...sudah banyak kali begitu.

dia seolah2 tak memahami aku, walau selalunya dibayar...paling kurang rm 100 satu jam...aku tetap mahu free-time aku, kerana waktu itu ialah waktu untuk aku menguruskan anak2 dan rumah aku...

sedangkan dia, ibunya ada dirumah untuk menguruskan anak2 nya, maid ada untuk menguruskan rumahnya, suaminya ada untuk menguruskan hal2 membayar bil...ya, dia tak tahu pun kita boleh bayar bil letrik di post office... serta hal2 seperti membaiki basikal anak2 yang rosak...

tapi, untuk aku....itu semua tugas aku...dari mengemas rumah, hantar kereta ke workshop, hingga ke membaiki basikal yang rosak...bukan aku complain, atau mengeluh...aku tak kisah buat itu semua...

aku cuma mahu sahabat aku itu memahami aku...

namun...sehingga semalam dia masih lagi cuba persuade aku untuk apply sebagai lecturer...katanya sebab kelayakan aku sama dgn kelayakan pensyarah dan gajinya lebih tinggi...naman aku pernah beritahu dia, aku suka jadi guru bahasa, sebab 80% tugas adalah PnP...sedangkan lecturer hanya 60 atau 70 % sahaja PnP, selainnya markah untuk research...dan dia tahu aku tak suka buat research...namun sampai sekarang dia masih lagi cuba persuade aku....aku stress...

semalam dia mahu ke rumah aku untuk berbincang tentang bagaimana mahu apply untuk kenaikan pangkat...ie:...untuk aku, dari DG 41 ke DG 46...

bukan aku tak mahu berbincang tentang itu...tapi jangan dirumah...aku tak suka fikir pasal kerja masa pada waktu free aku...banyak kerja lain yang aku perlu buat...jumpa saja aku di uni...

tapi dia tetap nak jumpa aku di rumah...katanya , bila dia free dia akan datang ke rumah aku...maka...aku mengambil tindakan drastik...aku pergi jog...walaupun masa tu hujan masih renyai2, sebab aku tahu dia tak suka sebarang jenis exercise...

dan aku katakan padanya...aku ada kelas malam itu, memang semester ini, dalam jadual kami ada kelas malam...

realitinya, kelas malam jumaat aku telah aku ganti pada pagi khamis, sebab pelajar2 semester satu ada yang nak balik rumah untuk weekend...

tenang sikit fikiran aku selepas itu...

namun around jam 9.15 pm tiba2 aku mendapat sms dari dia mengatakan dia akan ke ump dan mahu tumpang aku pulang ke kuantan nanti...

maka aku katakan aku sudah hampir habis kelas dan mahu balik rumah terus...beberapa minit kemudian dia reply, dia dah di kawasan taman tas...ie...lebih kurang 20 minit dari ump...dia suruh aku tunggu...tapi aku tak sure samada dia memang sudah berada di taman tas atau sebenarnya baru nak keluar dari pintu pagar rumah dia...and I would bet my little finger, dia sebenarnya jauh lagi dari taman tas...

aku stress terus...aku katakan kelas dah habis, dan aku dah keluar dari ump...dan aku kata batterry phone sangat low...dan aku switched off my phone...

aku rasa sangat kejam...buat begitu pada kawan baik aku...but she can be so bloody irritating sometimes...kalau dia decide dia nak get some extra cash...dia akan make sure aku pun ikut dia...and she would go on and on and on...sehingga aku rimas dan ikut kehendaknya...at the expense of my own peace of mind...

sekarang...aku demam...sure sebab kena hujan semalam...aku cuma tinggal dirumah dan buat apa yang aku larat sebelum aku tertidur...

aku harap dia takkan akan tiba2 muncul dirumah aku hari ini...aku tak ada tenaga untuk berbicara dengan dia...please leave me alone...

phone aku yang di switched off semalam belum aku on kan semula...kerana aku pasti, akan ada sms dari dia yang akan membuat aku rasa guilty...and I really don't need that right now...

right now I just want to do nothing, with my children...itu saja...

maka aku takkan on kan phone sampai aku rasa selamat...so...sesiapa yang cuba menghubungi aku this weekend, aku minta maaf...

and I hope she wont suddenly turn up at my doorstep...aku bukan seorang yang jahat, tapi...adakah aku sahabat yang teruk?


aku...memang dia sahabat aku yang paling setia...but...please...I need a break... mahu tidur sehingga monday...

35 comments:

naza nur saad said...

aku juga pernah off kan phone bila rasa 'sahabat' sangat tidak memahami aku.

kau tak teruk. kita cuma nak masa sendiri kan..

aku juga lebih suka free time dari wang.. =)

masturah idrus said...

i pernah rase mcm tu jugak..
almost 1 year,then kitorg bawak haluan masing2 sbb die sekarang study kat uitm shah alam.i understand your feeling really2 well..SERIOUSLY... i rase lege sgt2 sbb matric dah abis so i takkan jumpe die lg.. in ur case plak,mesti u da tak tahu nk buat mcm mane kan?? dah kita ditakdirkan utk kwn dgn org yg mcm tuh..dis is a test for u madam,im sure after dis u'll become much more stronger than before. maybe she didnt hv dat sense,'SENSE OF SENSITVITY'..hah??? am i right?? pening kan ade kwn mcm tuh,lg2 kalo kte da anggap org tu bestfren kte..complicated betul..anwy madam,get well soon!!

Mr Final said...

:)

miezi said...

bagus mam ada prinsip macam tu, aku cukup respect!! apa2 yang kita prinsipkan, kita pertahankan.

namun, sesekali, mam juga harus jadi berani. berani cakap kat dia, "i had enough" kat dia. or something like "u suffocated me lots!!now leave me alone".

to one point, aku tak rasa kau rugi kalau ko kehilangan the so called sahabat baik tu ;)

p/s: am all ears. u can call me anytime ;P

en.Adam said...

alahai naseb si patung
demam lagi...hurmm

bias® said...

tidur sampai senin? beruang ke haper?

adibah said...

Aku selalu diganggu begitu oleh kawan2 yang terlalu eager nak suruh aku join dalam MLM!!

kesimpulan: don't make Madam speaks english! confirm tengah marah.. hehe

maru said...

mmg x semua org akn faham situasi kita. n kita pun x bleh expect org lain utk fhm.
tapi..org yg put some effort to u/stand baru lar org yg kita boleh pngl 'sahabat' kan?
tapi klu dah lama kawan n dia x fhm2 gak..hurm 'buat apa kawan?'

mamai said...

hidup harus ada sempadan
aku kagum bila kau buat semua benda
termasuk cuba meyenangkan hati kawan
bila kita terlalu menjaga sesuatu
pasti yang itu akan terlepas
akibatnya kecewa...begitu juga kawan

terus terang mungkin satu penyelesaian...jika dia sahabat pasti dia paham...

wa stomek said...

uhh.....gile ape..tido 3 hari...

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

Wooo... Avoid buat research. I tak buat PhD pun sbb tak mo buat research.. Eh eh. Like teacher. like student laa..

if i were u, direct je la cakap kat dia yg u tak suka dia paksa-paksa macam tu.. Hampeh pnya kwn.

Dont worry, wut ever u did pun,u tetap kelihatan sgt cool, ok...


re:
sure. i'll make u proud.

{~Marvellous Boyz~] said...

asalamkum madam...
i hope u will better n feeling well soon..
erm..ape pun sebenarnye madam perlu perbincangan secara bersemuka dgn kwan baik madam 2..
sampai bila madam harus bersikap sebegini..mesti perasaan bersalah sentiasa menyelubungi diri madam kan..why not take a seat discuss about it together..maybe she will be understand u very well after this..
just luahkan terhadapnya perasaan madam yang inginkan mase berkualiti berbanding wang ringgit..mmg agak sukar pada mulanya tp sekurang-kurangnya bebanan di dada kian berkurangan..
seorang sahabat yg baik akn sudi duduk berbincang bersama untuk kebaikan bersama..percayalah..
saya juga mempunyai sahabat sebegitu...=)

@tune® said...

we need a space for our own...
kalau die sahabat yg baik...die tentu faham..

wut u can do is..tell her the real situation...a good friend will understand...if not...hmmm

otherwise, die akan ketuk pintu umah kau sebelom senin...

azwan bamadhaj said...

back to square 1.....

triple x malaya said...

bersabar la wahai sahabat..ape2 pun gua setuju ape yg lu buat..gua memang x suke org yg mementingkan duit dr saegale nye..

paiseh said...

kadang2 diri sdiri nak juga hidup tanpa kawan...

Otit said...

there are so much burden in life that we need to carry everywhere.
if you think that those burdens are not worthy,then do something bout it.
before you keep carrying them around for the rest of your life.

:)

hope this will do..stakat nasehat sorg anak murid.

theconfused said...

waaahhh.. it's ok, u're not alone...

we just need a break kan??? they are best friends, but they do at times becomeeee sooooo irritating...

rasa cam nak sekeh ja pala lutut dorang masa tuh.. haihhhh

masturah idrus said...

madam!! my name is masturah not masitah...heheheh

ber_uwang said...

kalau ber-uwang(berduit) semua boleh jadi

Anonymous said...

semoga lekas sembuh mdm.

-wahyudi my

en.Adam said...

bukan lah
permintaan terlalu banyak
sampai tak sangup nak keluarkan lagi
terlampau banyak!hahah

aku rasa penyakit demam kau berpindah
kat aku la..aku pun da rasa macm nk demama ni
ishhhhhhh....
tahniah da on phone!!
:-D

Raja Azrul said...

normal lah apabila kita berkawan, kadang-kadang ada masanya kita tidak sefahaman...

namun, apabila kita ditakdirkan mempunyai kawan baik, biar gelora bagaimanapun friendship are still forever...

apa-apapun, i faham apa yang u rasa..

boe~ said...

wo wo wo.... is she really ur 'sahabat'? dia x baca blog ni ke? semua yg komen ni hampir semua menyokong. mungkin korang ada beribu sahabat kut.... hehehe...

WanHidayat said...

Madam...been there and done that!.

Next week kita jumpe, I nak luahkan semuanya....

Mdm...SCORPIO ROCK!!!

*get well soon!

azwan bamadhaj said...

re: u memang xpernah berganjak, cuma u tak sedar yang actually your square is bigger than everybody else.....



got it?

mamai said...

last saturday and sunday aku berada di kuantan. Oleh kerana terbaca entry nie PC tak sihat so aku batalkan niat nak jumpa. next time boleh ketemu jika ada umur.

D' onLy oNe said...

so complicated..
susah tu sbb die kwn kita kn.but,i respect kt u la mdm..hehe
all da best k!

~~~ kay ~~~ said...

(^_^)

en.Adam said...

yup
hari ini demam aku dah semakin baik
alhamdullillah
bukan dari kau lah
aku pindah tempat baru
salah satu proses menyesuaikan diri
ngan tempat baru..hehe

en.Adam said...

tak fully sembuh lagi
banyak lagi sel2 badan yang mati
dan tgh regenerate skarang
hehe

mestilah,pindah dari bandar ke
kawasan pergunungan,cuaca berbeza
hahaha
:-)

addyaholix said...

saya mula faham kenapa kamu memilih untuk demam. haha!

kamu bukan kejam. kadang kita perlu selfish untuk kebahagiaan sendiri. sentiasa berfikir untuk membahagiakan manusia lain sehingga mengabaikan kebahagiaan sendiri itu adalah sesuatu yang sangat salah!

VersedAnggerik said...

I understand how U feel coz I've got friends like that too. People who don't understand why sinle moms like us do not stive to earn more!

Likewise, I use up all my free time AWAY from work and doing activities I enjoy, and for free too!

a.b geldofg said...

:)

IT'S Me N.a.N.a said...

Kak, nana pun pernah kena mcm nie. Kalau boleh kita kena ikut apa sahaja yang dia buat. Sampai 1 masa saya dah tak tahan. Saya off handphone, cabut batt buang dalam aquarium. huhuhu..Lepas dari tue saya dah tak jumpa dia lagi. Tp, sekarang dia dapat jumpa saya balik. Dan katakan maaf. Saya terima semua tue. Tp, saya rasa niat sahabat akak mungkin hendak menolong akak. Tp, tidak kena pada cara nya. Tak apa lah kak. Biarkan dia sedar sendiri sedikit demi sedikit. Akak take care ok. Nana dah lama tak lawat blog akak patung. Rindu dengan ayat-ayat akak yang manis tue..