mencintai bukan bererti memiliki



mencintai bukan bererti memiliki

photo from google

di pinggir sungai
jatuh sekuntum mawar merah
aku melihat kau tersenyum
aku melihat batu di genggaman mu
aku melihat kau membunuhku

AKU KEMBALI

Aku kembali....
kerana disini masih ada kawan2 yang menanti ku....
disini masih ada kawan2 yang merindui ku ...
aku kembali...
kerana disini, aku lebih dihargai... 

THE LONG AND WINDING ROAD



kaki yang telanjang...

menyusuri jalan berliku 

penuh duri dan serpihan kaca...

di turuti jejak penuh darah dan lumpur 

 menggenggam semangat yang hampir luntur

tiap langkah diiring rintihan
belahan kaca menggugat kudrat
tusukan duri menduga semangat


namun kaca pasti semakin kecil serpihannya
 

dan duri yang patah pasti akan hilang tajamnya

THE LONG AND WINDING ROAD...

IS STILL LONG AND WINDING

AKU DAN POHON SENA


Dibawah rimbunan pohon Sena
aku berdiri, 
sewaktu dinihari
bersama bunga yang  berguguran
ibarat saju pada musim dingin
melitupi bumi dengan hamparan berwarna kuning


dibawah rimbunan pohon sena
aku berdiri,
dalam dingin pagi menusuk sendi
mendengar daun2nya berbisik
bercerita tentang burung yang bersarang didahan
tentang lelaki tua berbangsa cina
yang tiap pagi tiada jemu menghayun cangkul
dikebun pinggir sungai ini 
tentang air sungai yang melimpah ganas
pada musim banjir yang lepas
atau  mungkin  bercerita tentang aku
yang seringkali, dalam kelam dinihari
sendirian berlari tanpa henti

dibawah rimbunan pohon sena
aku berdiri,
disaat cahaya perak semakin pudar
ditelan jingga sang mentari
dan hitam langit bertukar kebiruan
diatas hamparan berwarna kuning
bersama bunga2 kecil berguguran
menghidu haruman lembut yang mengasyikkan
lantas  menyejukkan jiwa yang sedang lara
hanya aku dan pohon sena

semoga dimusim hadapan
aku masih mampu berdiri disini
bila pohon sena berbunga kembali

AKU INGIN TIDUR

aku ingin tidur
dan bangun di dimensi lain
dimana hukum karma tidak wujud
dan takdir berada ditanganku
dimana lembaran hidup masih putih bersih
tanpa warna hitam dan kelabu

aku  terjun dari bahtera yang hampir karam
membelah kabus lautan mencari pantai yang hilang
dibawah langit kelam tanpa bintang
ombak ganas  aku jadikan kawan
kasar alunan aku jadikan buaian
deru angin aku ibaratkan senandung

kerna aku ingin tidur
dan bangun di dimensi lain











Kenangan Lalu

Di musim hujan begini, ketika aku lapar dan berfikir apa yang nak aku masak, seringkali aku teringat satu hari dimusim tengkujuh sewaktu aku berusia dalam lingkungan 11 atau 12 tahun. Hari itu hujan turun dengan lebat. Aku serta arwah abang dan adik2 cuma mampu  termenung melihat hujan sambil merasa tempias yang masuk melalui dinding dan atap. Maklum lah, kami tinggal didalam hutan, dirumah papan...pastinya jika hujan lebat air akan lepas masuk melalui lapisan atap zink dan celah2 dinding. Ibu pula sedang berfikir2 apa yang hendak dimasak...keadaan hujan memyebabkan agak sukar untuk arwah ayah kekedai dengan menaiki motorsikal.

Lalu, ayah mencadangkan agar memetik sayur kangkung yang tumbuh di tepi perigi , dan dia akan memasaknya. Sudah dapat lesen untuk mandi hujan... kami terus meluru ke perigi sambil terjerit2 kegembiraan memetik kangkung sambil kejar mengejar dalam hujan.

Itu lah pertama kali aku melihat ayah memasak...sebelum itu aku tak pernah tahu yang ayah juga tahu memasak. Masakan ayah ringkas sahaja, kangkung dimasak tumis pedas. ikan kering goreng dan telur dadar....dimakan dengan nasi yang baru ibu masak...dalam dingin hujan ...sungguh nikmat...masakan musim hujan, kata ayah....food for rainy days kata mat salih.

Satu lagi kenangan yang sering membuat aku tersenyum ialah insiden yang kami sekeluarga namakan...'biar pecah diperut'...
Semuanya kerana "ayam api' arwah nenek. Arwah nenek (sebelah ayah) suka bela ayam...dan dia juga ada membela dua ekor ayam api. Rumah arwah nenek tidak jauh dari rumah kami...nenek tinggal dengan makcik (adik kepada ayah aku) sekeluarga.

Kami tinggal ditanah nenek sebenarnya...dari tingkap rumah, boleh nampak rumah nenek...kalau orang dulu2 cakap...sepelaungan jauhnya...maksudnya, kalau dia laung nama aku dari rumah dia, sure aku boleh dengar...dan selalu juga dia melaung memanggil sepupu2 aku balik, sebab mereka suka bermain di halaman rumah aku...dan kalau dah main sama2 dalam hutan...maghrib pun tak reti2 nak balik..hehe...

Seperti lazimnya, rumah kampung dulu2, memang tak ada pagar...ye lah boleh dikatakan di Kampung Galing Besar itu 95% adalah saudara mara aku...nenek, nenek saudara, mak sepupu, sepupu, dua pupu, ayah saudara sepupu etc...sebab tanah disitu sebahagian besarnya milik kami...semua saling jaga menjaga anak2 buah...pagar bukan satu keperluan pada waktu itu.

Balik kepada ayam api tadi...ayam tu suka merayau2...dan selalunya merayau dalam hutan dekat rumah aku lah. Itu tak jadi masalah....yang menjadi masalah bagi arwah ayah ialah bunyinya yang sangat kuat dan bising.... seriously...sangat bising...
ayam api...foto dari google

Oleh kerana dah tak mampu mendengar bunyi bising, pada satu hari, ayah telah menangkap dan menyembelih ayam itu...of course la tanpa pengetrahuan ibunya... ayah memang pakar sembelih ayam....ibu kata...suka hati la...ayam mak dia...dan ibu masak goreng pedas ayam itu...best...ibu aku memang pandai memasak. Waktu itu lah arwah ayah berpesan....kalau nenek tanya...cakap tak tahu....biar pecah diperut, jangan pecah dimulut...kami menurut saja.

Memang keesokan harinya, nenek merungut2 kepada ayah yang salah seekor ayam apinya hilang...mungkin dibawa lari oleh biawak ...ayah kata, mungkin juga, (.biawak, musang ular itu perkara biasa bagi kami)..atau mungkin ayam tu dah lari...tambah ayah lagi. Ibu hanya diam , dan aku hampir pecah perut menahan ketawa....aduh....

Semoga arwah nenek maafkan arwah ayah. Kini perigi kayu kami sudah ditimbus..kampung Galing Besar sudah menjadi Seri Pahang Business Center...namun kenanagan itu tetap membuat aku ketawa.

THE BOOK OF LIFE - chapter 45

CHAPTER 1 : 09.11.1966 -

aku menarik nafas pertama sebagai seorang indiividu...dibawah zodiak kalajengking, diiringi monsun Timur laut yang ganas bersama dingin hujan bulan November. Thank you Allah.


 CHAPTER 45 : 09.11.2011

Aku masih bernafas...Walau dilontar dengan berbagai cabaran oleh takdir yang katanya sekadar menguji. Ya, kan ujian itu satu peluang untuk kita belajar. Aku terima, dan aku belajar.

Aku belajar tidak takut untuk jatuh...takdir telah melatih aku untuk mendarat di atas tapak kaki, bukan membiarkan diri jatuh terguling2 tanpa bangkit lagi. Scorpions always land on their feet...no matter where they fall. I am a scorpio after all. Semangat kalajengking tebal didalam diri aku...semangat untuk hidup dalam apa jua keadaan, walau didalam keadaan gelap, dingin dan sempit.

Ada kalanya, aku bertindak ganas, seganas monsun Timur Laut yang mengiringi kehadiran ku, melanggar segala yang ada dihadapan ...menbujur lalu melintang patah kata orang tua2.disaat2 begini, minda rasional aku sememangnya tidak mampu untuk melawan kekuatan jiwa yang sedang sakit. Monsun Timur laut yang ganas sudah sebati dengan jiwa aku, dan bila jiwa ganas ku memberontak, hanya hujan bulan November yang mampu menyejuk dan mengembalikan kudrat minda untuk bertempur dengan jiwa..seperti kata Guns n Roses...nothing last forever in the cold November rain.
Aku sentiasa menunggu hujan bulan November..



kita pernah ada Ahmad Jais

Sebagai tanda kita pernah ada  Ahmad Jais..  28 Mac 1936 - 11.10.2011


ini lagu raya yang paling aku minati...dari dulu sampai sekarang.

Sebak di hati mendengar lagu ini. Terasa sebahagian dari kenangan zaman remaja aku pergi bersama2 perginya Dato Ahmad Jais. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Alfatihah.

AKAN KU TIDURI JUA MALAM INI

akan ku tiduri jua malam ini

sudah ku tarik selimut kegelapan
serta memeluk tembuk kesepian
leka diulit nyanyian hujan dan unggas malam
semoga tiada mimpi datang bertandang

akan ku tiduri jua malam ini
sebelum berdepan kekeliruan esok hari

NELAYAN MIMPI

perempuan itu
menampal jaring-jaring mimpi 
yang terbiar  usang di makan waktu
carik dihiris kejam  bilah-bilah takdir 
 merampas  mimpi-mimpi yang disimpan

perempuan itu
memikul jaring usang dan bakul mengkuang
kembali meredah kabus samudera 
mencari mimpi-mimpi yang pergi
agar bakul mengkuang tidak lagi kosong dan sepi

perempuan itu
tewas dan jatuh dihempas badai
dan jaring usang kembali carik
bakul mengkuang hanyut dibawa arus Cina Selatan 
hilang  bersamaserpihan mimpi dan harapan

perempuan itu
hari ini membakar jaring usangnya
membiar abu dan asap terbang bersama bayu sepi
pergi dan terus pergi
perempuan itu kini tidak punya mimpi










A ROSE BY ANY OTHER NAME ... tuberose

  Salam and good day.  It's the end of July/ early August, and my tuberose is blooming. Go figure. Despite its name, tuberose is not act...