HAWK-MOTH ... oleander or jade

 Salam and good day

3 hari lepas, sewaktu saya sedang mengemas bahagian hadapan rumah, saya ternampak setompok daun melekat pada eksoz motor anak saya yang sudah tidak digunakan. Namun, sewaktu saya mendekati untuk menyapu daun itu, saya dapati yang ia bukan daun, sebaliknya seekor kupu-kupu yang agak pelik rupanya. Pelik bagi saya kerana tak pernah terjumpa kupu-kupu seperti itu. 


inilah kupu-kupu yang saya jumpa





Selepas mengambil beberapa photo, saya biarkan saja kupu-kupu itu. Out of curiosity, saya google gambar species kupu-kupu di Malaysia, namun tiada yang padan. Saya google pula rama-rama di Malaysia, sama juga, tiada padanan. Lama juga lah saya mencari, berpuluh-puluh gambar kupu-kupu dan rama-rama yang saya tengok. Akhirnya, saya google 'moth' dan saya dapat dua gambar yang agak serupa dengan yang saya jumpa. 



s

species pertama adalah Daphnis nerii, the oleander hawk-moth atau army green moth dari keluarga Sphingidae atau hawkmoth. 

Oleander hawk-moth/daphnis nerii 
https://en.wikipedia.org/wiki/Daphnis_nerii


species kedua adalah Daphnis hypothous, the jade hawk-moth, dari keluarga yang sama.


Jade hawk-moth/daphnis hypothous
https://tpittaway.tripod.com/china/d_hyp.htm




Apparently, terdapat sedikit perbezaan antara keduanya, tetapi, saya bukan seorang entomologist, jadi saya gagal membezakan antara kedua species. Menurut cucu saya yang berusia 9 tahun, ' the top one has the same pattern, but, the bottom one has the same colour'. 

what do you think?


References:

https://en.wikipedia.org/wiki/Daphnis_nerii

https://en.wikipedia.org/wiki/Daphnis_hypothous

https://tpittaway.tripod.com/china/d_hyp.htm





No comments:

Post a Comment

:-)

Nevermore