KERANA AKU SEORANG WANITA



bicara sepimu 
hilang bersama angin
bersama bayu
yang tidak pernah sampai kepadaku

sepi hari yang ku lalui
hingga waktu pun tidak mengerti
akan kesedihan dihati
yang menanti dan terus menanti

kata2ku yang berduri
cuma pelindung diri
agar sentiasa sempurna
dan terjaga


kerana...

keras hatiku ibarat terumbu
yang tetap teguh ditengah gelombang

lembut hatiku ibarat sutera
yang mudah terkoyak dan terluka

usah ditanya mengapa
kerana aku  seorang wanita...


No comments:

Post a Comment

:-)

Nevermore