SEKADAR RUMPUT DIBUMI


Sekadar rumput dibumi
Secebis hijau diatas konkrit
dicelah rekahan pasu tanah
tunduk kepada kudrat alam

Sekadar rumput dibumi
putus dihiris bilah mesin
lumat dipijak insan leka
namun semangatnya tidak pernah mati

sekadar rumput dibumi
menyerah bukan bererti kalah
biar dibunuh berulang kali
tiba waktu, akan tumbuh lagi

dikala luntur semangat diri
aku merenung rumput dibumi
bukan bintang di langit tinggi.

USIA KERETA ATAU PEMANDU?

salam semua. Saya sebenarnya langsung tidak berminat untuk menulis apa-apa yang berkaitan dengan politik atau hal-hal kerajaan. Namun saya terpanggil untuk menulis tentang issue JPJmengharamkan kereta 12 tahun keatas ini, kerana saya juga terbabit secara langsung dalam hal ini.

Rasional yang diberikan adalah untuk melindungi orang ramai. ' Kami tak mahu pemandu bermasalah ini mengancam keselamatan penumpang mereka atau pengguna jalan raya lain,'... katanya. 

Katanya, ' pemandu bermasalah' ... maka haramkan saja pemandu itu...  kenapa mahu diharamkan kereta berusia 12 tahun ke atas. Apakah semua 'pemandu bermasalah ini memandu kereta yang usianya melebihi 12 tahun? Tiada pula diberikan statistik atau bukti yang menunjukkan tahun kereta yang dipandu oleh 'pemandu bermasalah' itu.

Istilah 'pemandu bermasalah' juga tidak dihuraikan. Apakah maksud 'pemandu bermasalah' itu? Siapa yang dikategorikan sebagai 'pemandu bermasalah?' Adakah ia merujuk kepada... road -bullies, pemandu yang tidak punya lesen memandu, pemandu yang selalu langgar lampu isyarat dsb... atau adakah hanya pemandu yang memandu kenderaan yang usianya lebih 12 tahun saja yang dianggap sebagai 'pemandu bermasalah?' 

Bermasalah itu maksudnya apa sebenarnya... tidak juga dihuraikan oleh mereka.

Rasional kedua adalah kerana ... 'kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.' 

sekali lagi saya bertanya... apa bukti yang menunjukkan kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat? Tunjukkan lah statistik kemalangan jalanraya sambil 'highlight'kan jenis dan tahun kenderaan yang terlibat. 

Setakat yang saya selalu nampak, yang terlibat dalam kemalangan kebanyakan kereta yang agak baru... dan kemalangan selalu berlaku adalah akibat faktor kecuaian pemandu, seperti mengantuk, mengunakan telephone ketika memandu, memandu dalam keadaan mabuk,memandu melebihi had laju, mahu test power kenderaan dsb,, faktor usia kenderaan langsung tidak bersamgkut paut dalam hal ini.  

Rasional yang paling tak boleh saya terima adalah... ' menggalakkan rakyat Malaysia membeli dan menggunapakai kereta baru untuk menjadi rakyat Malaysia seperti negara maju Singapore'. 

Saya yang memang kabur dari segi ekonomi ini, langsung tidak nampak kaitan antara membeli dan menggunapakai kereta baru dan menjadi rakyat Malaysia seperti negara maju Singapore. 
Dan kenapa mahu rakyat Malaysia menjadi seperti Singapore... apakah rakyat Singapore lebih bagus dari rakyat Malaysia...? Dari segi apa?

Jika ini dilaksanakan, maka golongan pertengahan dan bawah nampaknya akan menanggung hutang kereta sepanjang hayat.  Saya sendiri juga begitu. Pinjaman kerajaan kereta Atos selama sembilan tahun baru habis saya bayar... dan dua tahun dari sekarang saya perlu membuat pinjaman lagi? Sekurang-kurangnya, saya punya pendapatan yang tetap... bagaimana pula dengan golongan petani, nelayan serta mereka yang bekerja sendiri?

Saya bukan jenis yang suka bertukar2 kereta setiap 4 atau 5 tahun. Saya akan guna selagi boleh digunakan. Saya ada kereta Ford Telstar yang berusia 28 tahun. Masih baik, cuma rosak kerana tenggelam sewaktu banjir tahun lepas, Dan untuk perjalanan jauh, saya lebih suka memandu kereta Ford kerana enjinnya lebih berkuasa dan ia lebih stabil.. 

Oh ya... dan setakat ini alhamdulillah, selama saya memandu kedua-dua kereta saya yang sudah berusia itu, belum pernah terlibat dalam kemalangan. Cuma ada kemalangan-kemalangan kecil seperti melanggar pagar rumah sendiri atau melanggar divider jalan, tapi itu adalah ketika anak-anak saya yang memandu.  Maka... kemalangan disebabkan oleh faktor usia kereta atau faktor pamandu?

PERIBAHASA

Syariat palu memalu, hakikat balas membalas.
peribahasa Melayu
 maksudnya:
Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. 
sumber: Pusat Rujukan Melayu @ DBP  

THE BOOK OF LIFE - chapter 47

CHAPTER 1 : 09.11.1966 -
aku menarik nafas pertama sebagai seorang indiividu...dibawah zodiak kalajengking, diiringi monsun Timur laut yang ganas bersama dingin hujan bulan November. Thank you Allah.


FROM  - CHAPTER 45 : 09.11.2011
...  Monsun Timur laut yang ganas sudah sebati dengan jiwa aku, dan bila jiwa ganas ku memberontak, hanya hujan bulan November yang mampu menyejuk dan mengembalikan kudrat minda untuk bertempur dengan jiwa..seperti kata Guns n Roses...nothing last forever in the cold November rain.
Aku sentiasa menunggu hujan bulan November..



CHAPTER 47: 09.11.2013

syukur aku masih disini... masih bisa bernafas, masih mampu menulis, masih dapat merasa hangat mentari, masih boleh menyambut kehadiran Monsoon Timur Laut. Ya, monsoon Timur Laut yang belum setahun lalu membawa musibah banjir ke kawasan rumah ku. Banyak barang2 yang terpaksa di buang, tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya tiada jiwa yang hilang.  Itu semua cuma gurauan alam... sedikit kasar, mungkin untuk mengingatkan kita tentang rapuhnya kehidupan didunia. 

Banyak yang telah aku pelajari dalam jangkamasa dua tahun ini... dan banyak juga kesilapan yang telah aku lakukan... hampir saja aku lemas dibawa arus kehidupan yang terlalu deras untuk aku renangi. Namun aku masih lagi mempunyai semangat kalajengking... semangat untuk hidup dalam apa jua keadaan, dan seperti kalajengking, aku mula hidup di dalam rangka keras yang membuat aku rasa lebih selamat, Itu jalan yang telah aku pilih, walaupun aku tahu, kebanyakan masanya, aku akan berjalan sendirian di jalan yang sunyi dan agak suram..

Maka apakah pengisian Chapter 47? Mungkin disini aku perlu mula mengubah angan-angan kepada mimpi, dan mimpi kepada cita-cita. Namun untuk melakukan itu, aku perlu berani untuk bermimpi... beranikah aku...







A JOURNEY THROUGH LIFE

I've learned that ... 
seandainya kita dicipta untuk menjadi satu, pasti suatu ketika akan bertemu...namun
seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu,
walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaan ku

















RINDU

Dinginnya malam ini. Tiba-tiba aku teringat kepada arwah ayah. sudah lebih 20 tahun ayah pergi... rindunya aku pada dia. Teringat waktu aku kecil, berdiri di bahagian hadapan vespa bersama arwah ayah, sambil menunggang keliling kampung. Those were the days. 

Namun kini aku sendirian... lelaki-lelaki penting dalam hidup aku semuanya telah lama pergi... ayah, abang, suami... hidupku ibarat bahtera tanpa nakhoda... tapi itu tidak benar... Akulah nakhoda... akulah juragan... andai karam bahtera ini... aku juga lah yang gagal...

Masih teringatkan arwah ayah. Aku sebak. Tak mahu menulis lagi. 
Al fatihah untuk arwah ayahku, Samsudin Bin Long - 1929 - 1993,  arwah suamiku, Affendi bin Zainal Abidin - 1968 - 1995,  arwah abangku, Roslan Bin Samsudin - 1961 - 1997... semoga roh mereka dicucuri rahmat. 

Salam Maal Hijrah untuk semua.

PERIBAHASA

صَدِÙŠْÙ‚ُÙƒَ Ù…َÙ†ْ Ø£َبْÙƒَاكَ لاَ Ù…َÙ†ْ Ø£َضْØ­َÙƒَÙƒَ
 peribahasa Arab
maksudnya:
Temannmu ialah orang yang menangiskanmu (membuatmu menangis) bukan orang yang membuatmu tertawa.
sumber: http://hatta16.wordpress.com/2011/03/28/pepatah-arab/
 


Nevermore