perubahan

Dah lama aku nak tulis pasal ni…tapi aku tulis pasal benda lain pulak…huhuhu…typical


Aku perasan sebulan dua ini ramai space cadets yang aku kenal menukar template blog masing2…bermula dari ‘Life is a journey’, coretan seorang putera, hidup ku organic hinggalah yang last sekali…errr….patungcendana:beyond words…aku punya la tu…


kenapa ya…

Apakah waktu ni kita semua rasa memang sudah masa untuk melakukan perubahan…mungkin sudah bosan dengan template yang sedia ada, atau banyak masalah dengan yang lama, atau saja…mengikut arus…atau sebab merajuk…propa sangat...


Atau perubahan itu adalah reaksi kepada perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian…samada dari segi, physical, emosi atau persekitaran…apa pun yang mencetuskan perubahan itu, harap2 it will be for the better.

Bagi aku…

Bila berlaku sesuatu yang menyebabkan emosi dan mental aku terganggu, aku rasa sangat perlu untuk aku melakukan sesuatu yang memerlukan keberanian…dan pada aku, mengubah satu aspect dalam kehidupan seharian sangat memerlukan keberanian…kerana kebanyakan dari kita memang takut untuk berubah…because changes create challenges…

Still, kadar perubahan bergantung kepada kadar gangguan itu…lebih serious problemnya, lebih drastic lah perubahannya…yang paling drastic pernah aku buat ialah memotong rambut sependek mungkin…it wasn’t easy…because once I did it…I’m stuck with it…but it kept me from getting stuck in the past…


at least tukar template blog…kita boleh tukar semula kalau tak suka…

Walaupun sekadar mengubah template blog sahaja, yang penting kita sedar kenapa kita melakukan perubahan itu.



We can either embrace the change and move forward into a new life or situation or we can stay stuck in the past.

1 comment:

  1. boink kejap...

    ting tong di pagi raya ni...

    selamat hari raya...

    ReplyDelete

:-)

Nevermore