Friday, 7 October 2016

KEKAL


Dalam kekelaman malam yang panas
tanpa bulan dan bintang
Diselubungi kelembapan
Diselimuti kegelapan
Dunia terasa lebih siuman
Tanpa kekeliruan waktu siang
Malam ibarat cahaya rumah api
menyuluh laluan pelayar
Ibarat cahaya lilin yang hampir padam ditiup angin namun terus menyala
Merangsang akal dan jiwa
Membuat aku berfikir
Membuat aku tersenyum
Bolehkah ku simpan cahaya itu

No comments: