.
Terkejut dan sedih dengan berita kematian lagenda boxing Muhammad Ali.
Saya masih ingat sewaktu saya masih di sekolah rendah... Sekitar tahun 70an... Setiap kali Muhammad Ali berlawan... Semua akan terpaku di harapan kaca TV... Melihat siaran langsung perlawanan melalui kaca TV hitam putih... Siaran langsung melalui Satellite Bumi di Kuantan. Ada yang ambil cuti... Ada yang ponteng kerja dan sekolah semata2 untuk melihat Muhammad Ali bertarung. Seluruh bandar akan lengang seperti Kuala Lumpur sewaktu cuti hari raya... LOL.
Yang paling mengujakan adalah perlawanan Muhammad Ali vs Joe Bugner di Kuala Lumpur pada tahun 1975. Seluruh Bandar sunyi tanpa pergerakan... Mungkin pencuri juga pada waktu itu terpaku dihadapan TV menonton Ali vs Bugner. Teringat lagi waktu itu, duduk dihadapan TV bersama arwah ayah dan arwah abang serta beberapa orang jiran dan anak- anak mereka yang datang menonton dirumah saya. Sangat teruja dan bangga kerana pertarungan hebat itu berlangsung di Kuala Lumpur.
Saya sebenarnya langsung tidak meminati sukan boxing. Dari dulu sampai sekarang, saya tak pernah meminati sukan boxing. Jadi, kenapa saya begitu teruja setiap kali Muhammad Ali turun ke gelanggang? Surely not because of his boxing skills since I know nothing about boxing.
Bila difikirkan semula... Saya yakin sebahagian besar daya tarikannya pada saya terletak pada nama muslimnya... Muhammad Ali. .. I'm Ali. Catch me if you can... Katanya. dan juga kerana dia cantik dipandang... Langsung tiada kaitan dengan boxing skills nya... LOL
Hari ini, tertutuplah satu chapter kenangan zaman kanak- kanak- saya. So sad.
Float like a butterfly, sting like a bee, hands can't hit what the eyes can't see.
The black SUPERMAN has left us forever.
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. May Allah bless your soul.
RAMADHAN KAREEM TO ALL MUSLIMS.