SOAL HATI

hari ini semua lelaki menjadikan Salleh Yaacob sebagai idola mereka...perfectly understandable. dan ramai yang memberikan pendapat tentang issue poligami ini...ada yang setuju ada yang tidak... rata2 semua yang setuju samada lelaki atau wanita mengatakan itu adalah sunnah....baik lah.

aku tertarik bila membaca komen dua orang wanita...yang pertama mengatakan...'isteri2nya tu faham konsep Islam yang sebenar..so tak timbul soal hati dan perasaan dalam hal ini…mereka izinkan dan mereka redha.'

dan seorang lagi menulis...'.memg sebagai perempuan poligami ni terlalu seksa di dunia.tp di akhirat kite dapat payung emas.ade sebab kenapa Islam membenarkan poligami.semua untuk membela nasib kaum hawa.'


aku tak akan sentuh bab agama...cuma aku ingin bercakap tentang perasaan.

kedua2 statement diatas yang di tulis oleh dua orang wanita juga... seolah2 mengenepikan perasaan wanita ....seakan2 perasaan wanita langsung tidak penting dalam hal ini.

aku ingin bertanya kepada semua lelaki...sekiranya pada waktu ini kamu tahu yang isteri atau girlfriend kamu sedang bermesraan dengan lelaki lain...apa yang kamu rasa?

jangan masukkan bab agama ie: soal halal atau haram di sini...aku cuma bercakap tentang perasaan...apa yang kamu rasa? sedih? kecewa? cemburu? marah? semuanya? itu jugalah yang dirasai oleh wanita...kalau kamu terseksa cuma memikirkan isteri atau kekasih dengan lelaki lain...bayangkan perasaan wanita yang tahu pada saat dia bersendirian dikamarnya itu...suaminya sedang bermesra dengan wanita lain...boleh bayangkan?


apakah untuk mendapatkan payung emas diakhirat, wanita perlu menanggung seksa yang begitu hebat, seolah olah hidup mereka hanya semata untuk menanggung seksa demi membahagiakan suami...aku rasa itu seperti satu penganiayaan...

memang mereka izinkan dan mereka redha...dan di kacamata dunia...mereka kelihatan cukup gembira....namun siapa yang tahu hati mereka bila janji2 yang dilafazkan seperti...hanya kau wanita akan aku cintai sepanjang hayat, atau aku tak akan sekali2 menduakan cintaku ...dan kata2 yang seumpamanya...aku pasti semua yang pernah bercinta dah berkahwin pernah melafazkan janji2 begitu...

siapa tahu hati dan perasaan mereka bila janji2 itu akhirnya dimungkiri...siapa tahu, sejauh mana keikhlasan mereka dalam memberi kebenaran kepada suami untuk berkahwin sekali lagi...siapa tahu jika mereka menangis didalam hati...

aku kenal seorang wanita muda yang membenarkan suaminya berkahwin ... dan jika dilihat secara mata kasar...seolah-olah dia gembira dengan keputusannya...tapi aku pernah terdengar dia mengeluh sewaktu menyangkakan dirinya sendirian...ya...keluhannya yang berbunyi...tuhan, kuatkanlah semangatku...sakitnya hati aku...sungguh sedih aku mendengar keluhannya...dan lebih sedih lagi bila melihat dia tersenyum ceria dihadapan orang lain...memang dia membenarkan dan dia redha...tapi tidak bermakna dia tidak kecewa atau sedih...
kesedihan bukan hanya terlihat melalui airmata...bukan?

tentang poligami untuk membela nasib kaum hawa...itu benar...mungkin minda aku yang tidak cukup terbuka, atau mungkin aku sememangnya buta...tapi dalam kes Salleh Yaacob, aku memang tak nampak nasib siapa yang dibelanya dengan berpoligami itu...seperti kata seorang kawan ... I wonder what will happen when that little thingy between his legs get the urge for another one ... lol.

erm...i wonder...

Nevermore