HARI BAPA

setiap kali aku mendengar
anak2 mengucapkan Happy Father's Day
hatiku hancur kembali

ketika itu
aku mengeji bulan
mengeji bintang
mengecam matahari
mengecam bumi
mengutuk takdir
mengapa kau buat anak-anakku begini

setiap kali aku mendengar
anak2 mengucapkan Selamat Hari Bapa
hatiku hancur berkali-kali



DI ANTARA

Diantara deruman ombak menghempas batu
Dan desiran angin malam membelai daun
Aku bukan ibu
Yang setiap hari
Mahu anak2nya membesar menjadi orang baik baik
Itu saja yang aku mahu

 
Diantara desiran angin malam membelai daun
Dan nyanyian unggas di hutan simpan
Aku bukan balu
Yang kadangkala penat
Sendirian melawan arus dunia
Mahu saja dicampak ketabahan itu jauh jauh

 
Diantara nyanyian unggas dihutan simpan
Dan deruman ombak menghempas batu
Aku bukan pekerja
yang ada waktunya
tidak sabar menunggu masa untuk bersara
mahu berehat pula dan tinggal di Bukit Frazer

 
diantara deruman ombak menghempas batu
desiran angin malam menbelai daun
serta nyanyian unggas di hutan simpan
aku
ibarat titik yang terapung
antara kerlipan bintang pada langit gelap
dan kilauan bintang pada laut hitam.

LEPAK


date: 14.06.2010
location: Teluk Cempedak, Kuantan,

with dark ray, aloy, nurancang 

berjumpa semula budak2 paradoks ini (tiga orang saja)...setelah berbulan2 tak jumpa. membuat malam isnin saya interesting. Walaupun kami cuma melepak sambil menyanyi-nyanyi diiringi petikan gitar di tepi pantai... well, its not the place, its the company...but the place helped...haha..


melepak di tepi jalan beserah, sambil menunggu kereta nurancang di cuci.


makan selepas melepak di antara deruan ombak menghempas batu dan nyanyian unggas hutan menyambut kehadiran malam...poetic tak saya...

nurancang...acara menyedut jelly dalam ABC...sebab tak ada nata de coco didalamnya 
aloy...mencari nata de coco dalam ABC...
 

dark ray...bergaya...dengan paipnya...saya kata macam the godfather, tapi kata dia macam sherlock holmes...ok...boleh diterima...hehe

paling best...melepak di tepi pantai...sambil menyanyi2 dan menyakat budak2 main permainan flying saucer yang berkelip2...

alunan blues oleh nurancang dan aloy...

sebelum balik...

aloy dan nurancang akan mahu meneruskan perjalanan pulang ke KL.
6 million dollar question...' patung, kau tahu nata de coco tak?' hahaha...

Nevermore