pagi tadi aku dengar hot chat....HOT FM la...tentang masalah dalam hubungan dengan mertua... and of course, yang memberi response rata2 terdiri dari para isteri. semua memberi pandangan serta gambaran yang hampir sama...ie: ibu mertua tak suka mereka...dan....suami lebih percaya kan ibunya sendiri dari percayakan isteri. hampir semua juga memberi gambaran mertua serta ipar2 yang kejam dan mereka sebagai menantu yang menjadi mangsa. setakat yang sempat aku dengar sejauh 32km ke tempat kerja, tiada seorang pun dari mereka mengaku, yang mungkin mereka juga bersalah dalam hal ini...mungkin, mereka sendiri juga perlu berubah sikap... aku tak boleh nak komen tentang ini, sebab, secara jujur aku katakan, aku tidak pernah punya masalah dengan mertua atau ipar2 aku, dan aku mempunyai ramai kakak2 serta abang ipar2...arwah suami aku anak ke 11... hubungan aku dengan mertua sama seperti hubungan aku dengan mak aku sendiri...kalau aku boleh terima semua kerenah mak aku, maka aku juga boleh terima semua kerenah mertua aku....orang tua...biasa la... maka, sampai sekarang, hubungan aku dengan mak mertua serta ipar2 aku masih baik...aku masih lagi dianggap sebagai sebahagian dari keluarga mereka walau pun sudah lebih 14 tahun arwah suami aku pergi, dan aku kini tinggal sendiri bersama anak2. but thats me...mungkin kerana memang takdir aku untuk hidup sendirian, maka aku diberi keluarga yang supportive dari kedua2 belah pihak...mungkin juga...
aku...jangan menjadikan issue mendapatkan kasih sayang suami sebagai satu pertandingan antara menantu dan mertua.