Saturday, 28 March 2015

ALOY, ACAI DAN ABDULLAH JONES

Salam and Good Day...

Maaflah... tajuk tak berapa relevan dengan isi... tapi sebab saya suka 'alliteration' nya... maka saya letak la... lagi pun tajuk diatas lebih menarik dari Tajuk... Pesta Buku Pahang 2015 kan?

Sebanarnya saya cuma mahu promotekan Pesta Buku Pahang 2015 yang berlangsung di Kuantan Parade. Masih ada satu hari lagi... sesiapa yang mahu pergi masih boleh. 



Agak lengang suasana di pesta buku ini.... mungkin kerana kurang publisiti atau mungkin minat membaca sudah kurang dikalangan warga Pahang... 

Saya pergi  untuk memberi sokongan kepada sahabat lama... Aloy Paradoks... di booth Selut Press. 



antara buku2 yang dijual


kebetulan pula waktu saya disana... terserempak dengan dua lagi sahabat iaitu... Abdullah jones dan Acai... kedua2nya dari Rajawali Art Gallery...

selfie kami berempat... macam rockband kata Pendita Jiwa ... lol





 
 Tak sangka pula Aloy rupa2nya sudah bertaraf celebrity sekarang. Walaupun saya tak sempat tonton dia dalam Drama Bersiri... Teman Lelaki Upahan... saya yakin lakunan dia pasti lebih hebat dari pelakun utama... hehe... 




ps... sebab itu awal2 lagi saya sudah minta dia tandatangan buku dia yang saya beli... :-D




Wednesday, 11 March 2015

KITA PERNAH ADA HARUN SALIM BACHIK



Al fatihah buat allahyarham Harun Salim Bachik. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Terima kasih kerana menceriakan hidup saya. Tears...

Ini drama yang membuatkan saya meminati allahyarham ... Cikgu Limau Kasturi.