Monday, 21 December 2009

Kuala Lumpur lagi

19.12.09
place: Shah Alam, Kuala Lumpur
event: day 1
Players: patung, dark ray, aloy, mamai, triple x, adam, razif, shairazi, dibantu oleh...beruwang dan raihan




aku ke KL ditemani oleh Dark Ray. Kali ini aku tak sesat sampai 5 jam, cuma kami berpeluang lalu ikut jalan yang unfamiliar...yang memberi kami peluang untuk melalui dua terowong dalam satu hari....



tiba di Shah Alam...aku suruh Dark Ray call Aloy, ajak pergi lunch. aku tak suka surprise...kata aloy...maksudnya dia nak ke tak nak pergi lunch?...confused...



kami picked aloy dan pergi lunch di Pak Ali...oh...lupa, Mamai juga joined kami untuk lunch, walau dia sampai agak lambat disebabkan masalah teknikal yang sepatutnya boleh dielakkan...kata orang Shah Alam...

dan aku rasa tak perlu lah aku cerita pasal ternampak Yantzen di sana sebab dark Ray dah beritahu setiap orang yang dia jumpa pasal tu.


after lunch, kami bersiar2 sekitar Shah Alam mencari hotel...in between mencari hotel, kami sempat melawat Tugu Keris, serta melihat keretapi lama yang bernama Bunga Raya, di Stesen Keretapi Kelang.


malang sekali, hotel2 di sekitar Shah Alam semuanya penuh, dari hotel 9.90 PER HOUR...aku ulang...9.90 per hour, bukan per day...hingga ke hotel favourite Dark Ray, ie: blue Wave...semuanya penuh....keji betul...Hilton kami malas nak tanya...sure penuh juga...

tu pasal aku tanya soalan bodoh yang menjadi tagline di
sini, dan sini... keji!!!!!!!!

malam nya kami menonton theatre...di Panggung eksperimen ASWARA...sila lihat sini...

penat la menulis...nanti la aku sambung pasal theatre...dan aktiviti selepasnya...


aku...to be continued...