Sunday, 22 February 2009

hidupku adalah puisi-2

komen2 dalam bentuk puisi
re:...kerana aku tidak cukup berani....


khabarkan pada sang angin
hentikan pukulan ombak
agar cinta mampu berenang
khabarkan pada sang mentari
terangkan jalan empunya hati
agar dia terus tabah dan berani
kay


tapi kamu bukan di lautan.
tapi kamu bukan dalam taufan.
kamu kekal disini.

kekal untuk tempuh semua ujian yang dah tersurat untuk kamu.
kerna tuhan mahu kamu jadi lebih berani,
berani untuk melawan dunia sekalipon
prolog seorang addyaholix

kerana engkau tidak cukup berani
maka engkau mahu laut dan ribut yang bertanggungjawab...
persoalannya....

beranikah angin
cekalkah laut
kuatkah ombak
mampukah ribut....

untuk menghadapi sebuah patung....
apatah lagi patung itu
patung CENDANA
life is a journey

halusmu pasir aku tahu kasarmu,
lembutmu laut aku tahu ganasmu,
nyamanmu angin aku tahu kalutmu,
cerahmu mentari aku tahu panasmu,
sempurnamu manusia aku tahu cacatmu
the remedy


re:....langit

malam sering buat aku
merindu..
merintih..
kenapa aku tidak seperti orang lain..
kenapa aku selalu kurang dari orang lain..
langit hitam pekat tu..
sama pekatnya jiwa yang aku lalui sekarang .........
aku c niena

bintang pun muncul bersama seri cahaya
camar telah lama terbang pulang
angin-angin malam berganti hembus
anak-anak rambut terusik belaiannya
lalu kau hadir ...
menyulam langit malam buat kerundung ku
kau tersenyum, tersipu aku memandang
bintang-bintang yang berkerlipan menjeling manja
aduhai... manisnya suasana malam
langit hitam pekat
aku terpikat............
kay
aku...nice...:-)