Tuesday, 25 November 2008

Jb revisited - paradise lost


Mengimbau kembali my first trip to Jb 2 tahun lalu, bersama life is a journey, coretan seorang putera, coretan pena biru, the remedy, the cactus, hidupku organik, ashwin dan madam chiam…sangat indah kenangan itu. Waktu itu, everything was so simple…persahabatan yang masih belum tercemar. Walaupun, perjalanannya agak mencabar, kami tetap gembira kerana waktu itu kami adalah satu…boleh aku katakan, 95% of the time kami spent together, walau sekadar melepak di bilik hotel, atau berjalan2 tanpa tujuan, kami lakukan bersama2, sebagai satu group…those were the best of times…



Trip kedua aku ibaratkan sebagai…the end of paradise, kerana terlalu banyak yang berbeza kali ini. Memang…kata orang anak sungai pun berubah…dan trip ini membuat perbezaan dan perubahan yang berlaku pada diri kami lebih obvious. ..aku faham, semua kini lebih matang, semua kini ada prioriti2 yang perlu diutamakan, samada dari aspect family, career atau cinta. jika dulu, persahabatan adalah segala2nya, mungkin kini, career atau cinta adalah segala2nya, menyebabkan persahabatan diletakkan sebagai background sahaja, instead of being one of the main focus…dan perbezaan yang paling ketara adalah…there is no more ‘us’, no doing things together anymore…that made me so sad…
aku ke Jb kali ini pun kerana sahabat, namun apa yang aku nampak bukan persahabatan, tapi hanya lakunan2 yang aku sendiri pun tak tahu tujuanya…apa yang kita nampak lebih penting dari apa yang kita lihat…tapi, tiada siapa yang bersalah dalam hal ini, kita semua telah mencuba sedaya upaya…may be our best was just not good enough.




Lebih memedihkan, kenangan indah di Jb dua tahun lalu kini telah dicemari. Bagi aku, Jb kini telah hilang serinya, kerana perubahan masa, kerana kekalutan penghuninya, kerana sifat egocentric pengunjung2nya. Tak mungkin aku ingin kembali ke situ lagi…kenangan indah Jb sudah lenyap. Memang friends are forever, but only if you wish it too be…and I wish it…do you?



Andai ku boleh mengembalikan masa, aku akan kembali ke Jb dua tahun yang lalu, bersama orang2 yang sama, melalui cabaran yang sama, tanpa mengubah satu elemen pun.

Andai kau boleh mengembalikan masa…apakah kau masih ingin mengenaliku?