USIA KERETA ATAU PEMANDU?

salam semua. Saya sebenarnya langsung tidak berminat untuk menulis apa-apa yang berkaitan dengan politik atau hal-hal kerajaan. Namun saya terpanggil untuk menulis tentang issue JPJmengharamkan kereta 12 tahun keatas ini, kerana saya juga terbabit secara langsung dalam hal ini.

Rasional yang diberikan adalah untuk melindungi orang ramai. ' Kami tak mahu pemandu bermasalah ini mengancam keselamatan penumpang mereka atau pengguna jalan raya lain,'... katanya. 

Katanya, ' pemandu bermasalah' ... maka haramkan saja pemandu itu...  kenapa mahu diharamkan kereta berusia 12 tahun ke atas. Apakah semua 'pemandu bermasalah ini memandu kereta yang usianya melebihi 12 tahun? Tiada pula diberikan statistik atau bukti yang menunjukkan tahun kereta yang dipandu oleh 'pemandu bermasalah' itu.

Istilah 'pemandu bermasalah' juga tidak dihuraikan. Apakah maksud 'pemandu bermasalah' itu? Siapa yang dikategorikan sebagai 'pemandu bermasalah?' Adakah ia merujuk kepada... road -bullies, pemandu yang tidak punya lesen memandu, pemandu yang selalu langgar lampu isyarat dsb... atau adakah hanya pemandu yang memandu kenderaan yang usianya lebih 12 tahun saja yang dianggap sebagai 'pemandu bermasalah?' 

Bermasalah itu maksudnya apa sebenarnya... tidak juga dihuraikan oleh mereka.

Rasional kedua adalah kerana ... 'kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.' 

sekali lagi saya bertanya... apa bukti yang menunjukkan kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat? Tunjukkan lah statistik kemalangan jalanraya sambil 'highlight'kan jenis dan tahun kenderaan yang terlibat. 

Setakat yang saya selalu nampak, yang terlibat dalam kemalangan kebanyakan kereta yang agak baru... dan kemalangan selalu berlaku adalah akibat faktor kecuaian pemandu, seperti mengantuk, mengunakan telephone ketika memandu, memandu dalam keadaan mabuk,memandu melebihi had laju, mahu test power kenderaan dsb,, faktor usia kenderaan langsung tidak bersamgkut paut dalam hal ini.  

Rasional yang paling tak boleh saya terima adalah... ' menggalakkan rakyat Malaysia membeli dan menggunapakai kereta baru untuk menjadi rakyat Malaysia seperti negara maju Singapore'. 

Saya yang memang kabur dari segi ekonomi ini, langsung tidak nampak kaitan antara membeli dan menggunapakai kereta baru dan menjadi rakyat Malaysia seperti negara maju Singapore. 
Dan kenapa mahu rakyat Malaysia menjadi seperti Singapore... apakah rakyat Singapore lebih bagus dari rakyat Malaysia...? Dari segi apa?

Jika ini dilaksanakan, maka golongan pertengahan dan bawah nampaknya akan menanggung hutang kereta sepanjang hayat.  Saya sendiri juga begitu. Pinjaman kerajaan kereta Atos selama sembilan tahun baru habis saya bayar... dan dua tahun dari sekarang saya perlu membuat pinjaman lagi? Sekurang-kurangnya, saya punya pendapatan yang tetap... bagaimana pula dengan golongan petani, nelayan serta mereka yang bekerja sendiri?

Saya bukan jenis yang suka bertukar2 kereta setiap 4 atau 5 tahun. Saya akan guna selagi boleh digunakan. Saya ada kereta Ford Telstar yang berusia 28 tahun. Masih baik, cuma rosak kerana tenggelam sewaktu banjir tahun lepas, Dan untuk perjalanan jauh, saya lebih suka memandu kereta Ford kerana enjinnya lebih berkuasa dan ia lebih stabil.. 

Oh ya... dan setakat ini alhamdulillah, selama saya memandu kedua-dua kereta saya yang sudah berusia itu, belum pernah terlibat dalam kemalangan. Cuma ada kemalangan-kemalangan kecil seperti melanggar pagar rumah sendiri atau melanggar divider jalan, tapi itu adalah ketika anak-anak saya yang memandu.  Maka... kemalangan disebabkan oleh faktor usia kereta atau faktor pamandu?

No comments:

Post a Comment

:-)

A ROSE BY ANY OTHER NAME ... tuberose

  Salam and good day.  It's the end of July/ early August, and my tuberose is blooming. Go figure. Despite its name, tuberose is not act...