Thursday, 25 October 2012

Kerana Aku Wanita


bicara sepimu

hilang bersama angin

bersama bayu…

yang tidak pernah sampai kepadaku


sepi hari yang ku lalui

hingga waktu pun tidak mengerti

akan kesedihan dihati

yang menanti dan terus menanti


kata2ku yang berduri

adalah pelindung diri

agar sentiasa sempurna

dan terjaga


kerana...


keras hatiku ibarat terumbu

yang tetap teguh ditengah gelombang

lembut hatiku ibarat sutera

yang mudah terkoyak dan terluka


tanyalah kenapa aku begitu

akan ku katakan


kerana aku wanita...