Monday, 21 June 2010

hari bapa

setiap kali aku mendengar
anak2 mengucapkan Happy Father's Day
hatiku hancur kembali

ketika itu
aku mengeji bulan
mengeji bintang
mengecam matahari
mengecam bumi
mengutuk takdir
mengapa kau buat anak-anakku begini

setiap kali aku mendengar
anak2 mengucapkan Selamat Hari Bapa
hatiku hancur berkali-kali

Thursday, 17 June 2010

di antara

Diantara deruman ombak menghempas batu
Dan desiran angin malam membelai daun
Aku bukan ibu
Yang setiap hari
Mahu anak2nya membesar menjadi orang baik baik
Itu saja yang aku mahu
Diantara desiran angin malam membelai daun
Dan nyanyian unggas di hutan simpan
Aku bukan balu
Yang kadangkala penat
Sendirian melawan arus dunia
Mahu saja dicampak ketabahan itu jauh jauh
Diantara nyanyian unggas dihutan simpan
Dan deruman ombak menghempas batu
Aku bukan pekerja
yang ada waktunya
tidak sabar menunggu masa untuk bersara
mahu berehat pula dan tinggal di Bukit Frazer
diantara deruman ombak menghempas batu
desiran angin malam menbelai daun
serta nyanyian unggas di hutan simpan
aku
ibarat titik yang terapung
antara kerlipan bintang pada langit gelap
dan kilauan bintang pada laut hitam.

Wednesday, 16 June 2010

lepak...


date: 14.06.2010
event: lepak
location: Teluk Cempedak, Kuantan
players: patung,
dark ray, aloy, nurancang

berjumpa semula budak2 paradoks ini (tiga orang saja)...setelah berbulan2 tak jumpa. membuat malam isnin aku interesting. walaupun kami cuma melepak sambil menyanyi-nyanyi diiringi petikan gitar di tepi pantai... well, its not the place, its the company...but the place helped...haha..


melepak di tepi jalan beserah, sambil menunggu kereta nurancang di cuci.


makan selepas melepak di antara deruan ombak menghempas batu dan nyanyian unggas hutan menyambut kehadiran malam...poetic tak aku...

nurancang...acara menyedut jelly dalam ABC...sebab tak ada nata de coco didalamnya
aloy...mencari nata de coco dalam ABC...

dark ray...bergaya...dengan paipnya...aku kata macam the godfather, tapi kata dia macam sherlock holmes...ok...boleh diterima...hehe

paling best...melepak di tepi pantai...sambil menyanyi2 dan menyakat budak2 main permainan flying saucer yang berkelip2...

alunan blues oleh nurancang dan aloy...

sebelum balik...

aloy dan nurancang akan mahu meneruskan perjalanan pulang ke KL.
aku...6 million dollar question...' patung, kau tahu nata de coco tak?' hahaha...

Monday, 7 June 2010

blast from the past - old timers



date: 29.05.2010
event: sambutan hari belia peringkat negeri Pahang
location: pusat belia, Kuantan
players: patung, siso, jamee, persatuan karyawan Pahang


aku nak beli guitar sebenarnya. kebetulan aku jumpa Siso.... bukan kebetulan actually...haha...memang kalau dia ada di Kuantan, dia akan contact aku...malam tu, aku jumpa siso, razak dan hamdan.



anyway, aku mention yang aku nak beli guitar, sebab guitar dirumah sudah dibawa oleh lily ke KL...sekarang jamee takde guitar untuk di main...hahaha...aku? dah bertahun2 tak main guitar....maksud aku main lagu....bukan sekadar mencuba chords secara rambang....itu aku selalu buat...



kebetulan, Razak...kata, dia ada beberapa biji guitar...razak dan hamdan ini bekas ahli kumpulan September 5...mereka Juara Bintang RTM tahun 70an...yang pasti....kamu2 semua sure tak kenal...takpe...aku kenal september 5...lagu Kopi susu....kurang manis tambah gula...itu lagu mereka....aku suka!!!! oh...dan hamdan sangat handal bermain accordion....aku sangat impressed




dan, mereka juga merupakan orang2 kuat Persatuan Karyawan pahang...oh...lupa....pengerusinya...Siso. Karyawan pahang ahlinya terdiri daripada pelukis, pemuzik.pencipta, pelakun, penulis, pengukir, penyanyi, penari etc.



Right. maka, kata razak kalau mahu, boleh beli guitar dia...kebetulan esoknya, mereka akan perform di sambutan hari belia. boleh la datang tengok dan cuba gitar itu. so, i said ok. and the rest...is history....


jamee...gembira dengan gitarnya
aku...seronok tengok mereka jamming....:-D