Monday, 20 September 2010

detik

Sesaat aku terbau wangian cempaka di halamanku
Bersama hembusan angin yang kebetulan singgah
Sebelum berlalu …
Sedetik aku menarik nafas yang dalam
Membawa haruman terus ke jantung
Agar ia kekal disitu
Wangian saat ini
Angin detik ini

Walau esok
Cempaka masih mekar dihalaman
Wangiannya bukan lagi wangian saat ini
Angin yang membawanya juga
Bukan lagi angin detik ini
Lalu aku menarik nafas yang dalam
Membawa haruman terus ke jantung
dan untuk sesaat
Haruman itu milikku


sesaat, aku singgah dalam hidupmu
sedetik, kekalkan aku dalam jiwamu
dan cintai aku hari ini
Mungkin esok, terlalu awal
Mungkin esok, sudah terlewat.

15 comments:

Frodo Baggins said...

>>___<<

cempaka ...
esok mungkin saatnya :)

selamat hari raya sis
Hugs.

realisticjunky said...

at last! =)

Selamat hari raya!

Heidi Shafiq said...

fuh! :D

ber_u_wang said...

hmm suka bau cempaka

sekamar rindu said...

salam..

wangian cempaka yg membungkahkan ingatan pada memori..

:. said...

andai esok terlalu awal
aku tetap akan setia menunggumu
kan ku nanti detik tiba yang pasti itu

andai esok terlalu lewat
aku tetap akan merinduimu
mungkin terus memujamu
takkan bisa kasihku hilang di bawa angin lalu

cempaka,
biarkan aku tetap di hatimu


cik patung,
lamanya menanti entri baru... finally! =)

~~~ kay ~~~ said...

wishing u selamat hari raya aidil fitri~ maaf zahir & batin.
(^_^)

harum cempaka kesayuan
di taman astakona yg tiba-tiba menyepi...
kuning cempaka berkelopak indah, rapuh, wangi harum semerbak, mewangi, lembut membuai rasa..

lalu bunga cempaka yg menginspirasi keindahan tiada tara.

Jejaka Desa said...

Sedak amat bau cempake.Menyusuk sampei ke dade rasenye...

Selamat Hari Raye...

hamzah ian said...

pergh..

ko bersajak ni kan??

patungcendana said...

:.

tq. tak boleh access blog kau.

DrSam said...

Eid mubarak mdm. Tahun ni balik KT, tapi tak sempat beraya sakan.

Susah nak cari Cempaka sekarang...apatah lagi cium wanginya

baincardin said...

hidu cempaka menenangkn minda. Selamat Hari Raya maaf zahir batin! ^_^

alang said...

Selamat Hari Raya.

Turun2 Shah Alam, roger2 la aku sama. Bleh lepak skali. :)

sekamar rindu said...

salam...


kak...apa khabar.?

alang said...

erk, bleh bawak eh. Ada surcaj tak? hehe. InsyaAllah, ada rezeki nanti aku turun sana. Skrang ni nk apply cuti pun, agak bz ngn keja bertimbun. hehe.