menantu Vs mertua....

pagi tadi aku dengar hot chat....HOT FM la...tentang masalah dalam hubungan dengan mertua...
and of course, yang memberi response rata2 terdiri dari para isteri.

semua memberi pandangan serta gambaran yang hampir sama...ie: ibu mertua tak suka mereka...dan....suami lebih percaya kan ibunya sendiri dari percayakan isteri. hampir semua juga memberi gambaran mertua serta ipar2 yang kejam dan mereka sebagai menantu yang menjadi mangsa.

setakat yang sempat aku dengar sejauh 32km ke tempat kerja, tiada seorang pun dari mereka mengaku, yang mungkin mereka juga bersalah dalam hal ini...mungkin, mereka sendiri juga perlu berubah sikap...

aku tak boleh nak komen tentang ini, sebab, secara jujur aku katakan, aku tidak pernah punya masalah dengan mertua atau ipar2 aku, dan aku mempunyai ramai kakak2 serta abang ipar2...arwah suami aku anak ke 11...

hubungan aku dengan mertua sama seperti hubungan aku dengan mak aku sendiri...kalau aku boleh terima semua kerenah mak aku, maka aku juga boleh terima semua kerenah mertua aku....orang tua...biasa la...

maka, sampai sekarang, hubungan aku dengan mak mertua serta ipar2 aku masih baik...aku masih lagi dianggap sebagai sebahagian dari keluarga mereka walau pun sudah lebih 14 tahun arwah suami aku pergi, dan aku kini tinggal sendiri bersama anak2.

but thats me...mungkin kerana memang takdir aku untuk hidup sendirian, maka aku diberi keluarga yang supportive dari kedua2 belah pihak...mungkin juga...

aku...jangan menjadikan issue mendapatkan kasih sayang suami sebagai satu pertandingan antara menantu dan mertua.

20 comments:

  1. betol....:)...mereka juga sebahagian dr hidup kita...(^.^)

    ReplyDelete
  2. aku setuju dengan kau dan aku respect the way of you life...

    yang call tu ajer ada masalah...

    ReplyDelete
  3. u will be the best mak mertua, teacher. weeeeee!~~~

    ReplyDelete
  4. mak mertuaku bagai mak ku sendiri..apa jua keadaan mereka menjadi keutamaan..


    ..paling terharu , sayang dan marah dia pada anak/ menantu ttp sama .....:-)

    ReplyDelete
  5. Bain setuju ngan patung! yay! ^_^

    ReplyDelete
  6. ni yg wat gua x sabar nak ade mak mertua nih..
    hahaha

    ReplyDelete
  7. 32 km meter je dari rumah ke ofice..x la jauh sangat..

    ReplyDelete
  8. Setuju dgn +h.a.z.e.r.i.n+ Lebih drpd itu sy yakin kalau saya jd menantu kak PC adalah lebih afdal!

    ReplyDelete
  9. tu komplen dari sebelah pihak je,takde ke mak mentua yang komplen.

    ReplyDelete
  10. betul... even aku belum lagi kawin... tapi hubungan antara ipa2 n mentua2 adalah seharusnya baik... klau tidak baik bagus tak payah kawin... tak payah bekeluarga besar.

    ReplyDelete
  11. bestnye dpt family mertua cmtu...

    ReplyDelete
  12. belum punya pengalaman mendapat mertua, inshallah 13 february ni.. :P

    ReplyDelete
  13. salam...ala..kalo gaduh2 pn ..kejap je..menantu pompuan kena la sbr...hehe

    ReplyDelete
  14. tuhan tak akan menolong orang yang tak mahu tolong diri sendiri....




    waaaa serius nya aku komen
    hahaha

    ReplyDelete
  15. jaga lah hati org tua selagi masih ada

    ReplyDelete
  16. Salam,
    We`ve found ur blog.

    Dari cerita kedai kopi,..

    Kami sedang mengalu-alukan kedatangan staff akademik bagi membuahkan pandangan yang lebih matang dalam blog kami.

    Dipersilakan.

    http://mechanicalfiles.blogspot.com

    Kami adalah pelajar mekanikal yang sgt dahagakan jawapan mengenai isu2 semasa yg terkadang menimbulkan amarah.Sungguh manusia itu sangat lemah.

    Mdm Normala,we`ve meet on the first sem ( 2008 ).

    We would like to invite u to our blog n perhaps give some respons related to what happen here.
    We need you.


    =)



    Gerabak Mekanikal

    ReplyDelete
  17. salam Mdm,..
    apa pendapat Mdm Normala dgn ini?


    Setujukah anda sekiranya TGM mengadakan satu medium baru berbentuk Filem Pendek karya Mahasiswa UMP sebagai satu inisiatif lain menlantangkan suara Mahasiswa? Kami perlukan sokongan anda.Sila undi tanda kesetujuan anda.


    http://mechanicalfiles.blogspot.com/2010/01/filem-pendek-team-gerabak-mekanikal-tgm.html

    ReplyDelete
  18. u r right...absolutely....

    ReplyDelete

:-)

A ROSE BY ANY OTHER NAME ... tuberose

  Salam and good day.  It's the end of July/ early August, and my tuberose is blooming. Go figure. Despite its name, tuberose is not act...