Monday, 26 October 2009

MIMPI...BERAT....edisi tertunggak



MIMPI BERAT : Paradoks : 18.10.2009




dah lama tak menulis...otak aku berat memikirkan apa yang nak ditulis, jari2 aku juga berat hendak menekan huruf2 di keyboard, namun aku berazam mahu update blog ini sebelum kelopak mataku juga menjadi berat.


MIMPI itu BERAT,
amat BERAT
sehingga kekal didalam minda
tanpa mampu dianjak.
BERATnya MIMPI
bukan kerana keindahan tasik,
atau kemeriahan cahaya,
bukan juga kerana makanan...


MIMPI itu BERAT kerana KAMU...




bloggers


dan KAMU...


aloy paradoks


dan KAMU...



wahyudi my


dan KAMU...

mamai


dan KAMU...


adibah, mamai, pentoi, addyaholix, jamee


dan KAMU...

angah silotape faiz

dan KAMU...

dark ray


dan KAMU...

Triple X Malaya


MIMPI BERAT...SENI BERAT

namun

memperjuangkan seni lebih BERAT...

Hanya Hati yang Benar-benar Pejuang yang Sanggup Terus Bertahan.

TAHNIAH PARADOKS

aku...berapakah berat terkumpul pengunjung2 mimpi malam itu...

Tuesday, 13 October 2009

tanpa tajuk...


puisi yang ditulis oleh seorang kenalan....yang di email kepada aku, maka aku postkan disini...aku tak tahu tajuknya...

Dicelahan lorong mengalir arus, gelombang cerita,
Suka duka,,, nyata,,,
bukan lagi tanda tanya,
Berteman kerelaan didakap erat bersama,
Tiada sesal harus diucap, tika aib datang menyapa,


Keluh kesah, derita jua yang ingin dicipta,
Beri,,,, terima,,, mengaburi ruangan mata,
Selagi runtunan nafsu, menggila meminta,
Tiada ungkapan terakhir dapat dikata,



Nikmat dunia berlegar seketika Cuma,
Tiba waktu,,,, detik terhenti percuma,
Ungkapan sesalan mula terdengar sayu bergema,
Menemani rintihan pilu pengganti irama.


Azman Mahmud, Pulau Pinang.

Saturday, 10 October 2009

lembaran ingatan

i

tercarik sudah
lukisan kisah
yang pernah kau lukiskan
pada kertas layang-layang
dan terbangkan pada awan april
seperti hilangnya dakwat
dimamah daun-daun waktu
kudratku pergi
bersama hancurnya angan
dan pudarnya keinginan
kerana
aku bukan layang-layang
yamg diciptakan untuk terbang
aku patung yang ditakdirkan tenggelam ditasiknya sendiri

i

Saturday, 3 October 2009

UMP - konvokesyen ke 4 - 04.10.2009



Majlis Konvokesyen Komemoratif UMP... SULTAN PAHANG dapat ijazah kedoktoran civil engineering...aku cuma terlibat dalam perarakan akademik je...tapi tengok gambar, macam aku yang grad...
dengan Mei Ling (guru bahasa Mandarin)

menunggu di library

Gee dan Sarah (guru bahasa Inggeris)

jejaka2 Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan

aku...event ni lebih kurang macam raya la...setahun hanya sekali...tahniah buat semua graduan.