Tuesday, 11 August 2009

kerana aku wanita

bicara sepimu
hilang bersama angin
bersama bayu…
yang tidak pernah sampai kepadaku

sepi hari yang ku lalui
hingga waktu pun tidak mengerti
akan kesedihan dihati
yang menanti dan terus menanti

kata2ku yang berduri
adalah
pelindung agar
jiwa sentiasa sempurna dan terjaga

kerana...

keras hatiku ibarat terumbu
yang tetap teguh ditengah gelombang
lembut hatiku ibarat sutera
yang mudah terkoyak dan terluka

kenapa aku begitu

kerana aku wanita...

23 comments:

mamai said...

rindu aku terubat setelah sekian lama menunggu kata-kata dari mu biar hanya sebaris...

aku lelaki tapi hati ku juga sensetif

GRuNGe said...

Walaupun nampak cekal,
Namun hati penuh emosi,
Terpaksa ku sembunyi didalam hati,
Supaya ku nampak lebih tabah,
Kerana aku lelaki.

Punya ego yang tinggi,
Sukar untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati,
Lebih berciri batu,
Tidak nampak akan perasaan,
Kerana aku lelaki.

Tetapi,
Kami pun punya hati selembut sutera,
Yang mudah koyak,
Tapi tidak ternampak oleh wanita,
Kerana kami lelaki.

boe~ said...

wanita..... Kau lah madu. Kau lah racun

s@yangh@sni said...

aku wanita
aku punya cinta..
yang bisa buat aku gerhana..

har!har!har!
orang pompuan gitu arr kan..
bila badai melanda dirinyer..
kalau tak nangis dia ketawa..
bila ketawa cam orang giler..

harap2 kita ingat diri selalu..

baincardin said...

lagu Wanita dr siti mmg best. :)
Selalu² happy & ceria ya patung! :)

anaklaut said...

salam...PC,

sepi itu indah..
dan sepi itu boleh mencenglam jiwa.:))

tq singgah..:)

zonaku said...

aku jua wanita
punya rasa punya cerita.......

adibah said...

...speechless..

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

kadang-kadang mereka kata.
wanita itu lemah..
ahhh.. mereka tak tau.
lemah itu kerana wanita penuh sifat kasih sayang nya.



kadang-kadang mereka kata.
wanita itu rapuh.
rapuh hati. rapuh jiwa. rapuh perasaan.
ahh..mereka bukan tau.
rapuh hati itu kerana wanita penuh sifat belas kasihannya.
kadang, sifat kental wanita lebih daripada mereka.



padahal mereka tau.
bila berkata seorang wanita.
mampu diam seisi cerita.
bila bersuara seorang wanita.
boleh pana, diam semua.
kerana apa?
kerana syurga dibawah kaki seorang wanita.

(apa yg aku merepek ni??) hahahahaha

bias® said...

aku wanita punya hati nurani...

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam PatungCendana,

"hebat".

@tune® said...

kerana aku wanita
aku dikatakan lemah berbanding lelaki...

namun kekuatan wanita juga pada air mata
sekali air mata wanita jatuh mengalir
pasti ade yang meruntun simpati...

aku bangga kerana kau dan aku wanita...

theconfused said...

ohoh..
aku wanita..
yang dipandang lemah
penuh air mata

tahukah
air mata itulah
pendorong kekuatan

~~~ kay ~~~ said...

...itulah hati seorg WANITA
halus ibarat sehelai sutera cantik
mulus
lembut
dan mudah
terkoyak
tercarik
dan terluka...

walaupun seorang WANITA memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran.
Bukan DENDAM.

(^_^)

faziz ar said...

salam pc
tuhan jadikan lelaki dan perempuan
punya kekurangan
punya kelebihan

walaupun aku lelaki
aku punya kelemahan
tak bisa nyendiri
sekiranya tiadamu hawa
aku bisa gila

alang said...

wanita... makhluk Tuhan paling indah. :D

░♥si lampu neon♥░ said...

Its a WOW! =)

addyaholix said...

sepi aku sendiri.
dan hadir kamu buat aku sikit bahagia.
ya sikit bahagia.
dari aku langsung tak punya bahagia.
terima kasih cendana!

triple x malaya said...

tanpa wanita siape la aku...

KIBA kline said...

kerana aku lelaki.
aku bernafsu pada wanita.
kerana aku lelaki.
aku dijeling serong.
dan kerana aku lelaki.
wanita milik aku.

Otit said...

kata2ku yang berduri
adalah
pelindung agar
jiwa sentiasa sempurna dan terjaga


sebab itu kata-kata adalah pedang.
not just because it is sharper.
but to be your defend.
when nothing else in the world could.
")

wahyudi my said...

:)

adibah said...

kerana aku wanita
aku mampu senyum tawa
walau hati sebenarnya luka

kerana aku wanita
geleng kepala menafi
sedangkan hati
penuh dengan cinta