Sunday, 26 July 2009

hidupku adalah puisi-13

sahabat2ku berkata...

re:..."hidupku adalah puisi-10"

Tak akan ada seorang pun di luar sana
yang akan suka pada diri
seperti diri sendiri...wahyudi my

Bukankah lebih baik mempunyai seribu kawan
dari mempunyai seribu musuh...alang

jika kau tersenyum
dan kemudian menangis
itulah cinta

jika kau ketawa
dan kemudian berduka
itulah cinta

jika kau bahagia
dan kemudian kecewa
itulah cinta

jika kau merindu
dan kemudian membenci
itulah cinta

kerana
cinta itu semua rasa dalam satu
itulah cinta...kueh bakar

cinta itu perlu ada.
kalau pon bukan untuk orang lain,
simpan semua untuk diri sendiri...addyaholix


re:...
"wilayah selepas hujan - misty Kuantan"

"Aku suka hujan..
kerana hujan mengundang rindu..."...
adibah

Kadang2 gambar boleh memberi seribu makna
kepada sesiapa yang menilai.
Gambar hanya bersuara
kepada sesiapa yang mendengar dengan hati...
alang

inspirasi
juga seperti mimpi
adakala ada
adakala tiada

inspirasi
jika dari hati
jauh di dasar hati
lahir puisi yg sejati
yg takkan mati

inspirasi
sama ada dekat atau jauh
nampak atau tidak
ia tetap dinamakan inspirasi...
kueh bakar

aku...rindu kamu semua

5 comments:

bias® said...

semua rasa dalam satu? ikan siakap masak 3 rasa lah tuh. apa da?

mamai said...

aku juga rindu pada semua yang ada dan tiada.

kerana rindu itu buat kita masih ada sesuatu

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

wah...semenjak bermimpi..dah suka berpuisi..

addyaholix said...

cinta itu anugerah, dan anugerah itu juga cinta.

Raja Azrul said...

pening i baca puisi u...

hurm..takpelah..buat lah apa yang u suka, tapi bila lagi kita enjoy sama-sama..??

time i datang kuantan, u sibuk kemas rumah..hurm, motif sgt!!