KERANA...talk is cheap

jangan bercakap tentang takdir kepada ku...
kau yang tidak pernah dicalari...
apa lagi disentuh oleh takdir...
jangan sekali-kali suruh aku bertenang...
sedangkan kau tak tahu apa yang bermain dalam fikiran ku...
andai kau di tempat aku...
mampukah kau sendiri bertenang...
kau minta aku supaya tabah?...
tahukah kau...
hanya ketabahanlah yang memberi aku tenaga
untuk terus berdiri di muka bumi ini
kau faham apa yang aku rasa...
bagaimana kau boleh faham...
kau pernah mengalami seperti aku?...
jika tidak...
mana mungkin kau faham...
tak perlu cuba senangkan hati aku...
kalau tak mengerti...
diam saja...
jika aku mahu kau mengerti...
pasti aku akan terangkan secara terperinci...
aku bukan minta kau mengerti...
cukup kalau kau berdiam diri...
cukup kalau kau disisi...
mahu memanjat pelangi sambil membelah langit...

33 comments:

  1. camne nak panjat pelangi?camne nak belah langit?bole bagi tutorial x?

    ReplyDelete
  2. salam...PC

    TENTANG TAKDIR

    Malam membingkai bintang, aku menghitung berapa bait syair kutulis
    Hingga cahayanya jatuh memantul masa depan
    Aku juga telah membaca, berapa puisi yang kulantunkan harapan
    Hingga satu dari cerita masa lampau menjelma
    Hari ini aku telah mengalami nasib terpuruk sama persisnya

    Aku sudah menghapus beberapa catatan yang kuikrarkan dalam
    Pendangan makna sampai pada muara luka
    Tidak perlu aku menunggu matahari terbit
    Kerana sinar cahaya telah menghantar purnama pergi
    Pada malam aku telah belajar merajut ketulusan

    ANAKLAUT

    ReplyDelete
  3. yes cakap tak kena bayar kalau kena bayar pasti semua orang bisu.

    yes pasal cakap tak kena bayar maka ramai orang cakap ikut suka hati

    yes pasal cakap tak kena bayar ramai orang tergadai body hilang budi

    yes pasal cakap tak kena bayar ramai orang mati

    yes pasal cakap tak kena bayar tempat peguam cari rezeki

    yes pasal cakap tak kena bayar aku banyak cakap la nie

    so direct dear....aku suka

    ReplyDelete
  4. nasihat memang murah di mana mana.. kan..

    ReplyDelete
  5. BETUL. KITA TIDAK PERNAH MINTA UTK DIKASIHANI. LAGI DIKASIHI.HANYA MEMINTA PENGERTIAN.

    T_T

    ReplyDelete
  6. panjat pelangi satu hal. nak belah langit? pakai apa? beliung?

    ReplyDelete
  7. Bukan takdir yang ku salahkan,
    Bukan ku suruh kau bertenang,
    Kerana aku bukan kamu,
    Tidak mengetahui ada di benak fikirmu.

    Aku tidak meminta kau tabah,
    Kerna ku tahu itu memang dirimu.

    Mana mungkin ku bisa faham kamu,
    Sedangkan diriku sendiri aku masih buntu.

    Bantulah aku untuk mengerti,
    Kerna ku tak bisa berdiam diri,
    memandangmu memanjat pelangi membelah langit,
    Seorang diri.

    ReplyDelete
  8. sedang belajar memanjat pelangi.

    ReplyDelete
  9. kalau dia ada di sebelahku
    aku akan tidak boleh bercakap
    terus jadi bisu

    ReplyDelete
  10. yes..talk is cheap..
    kerana itu,
    aku selalunya diam bila aku tidak pernah dalam situasi yang aku sendiri tak faham.

    ReplyDelete
  11. aku cuma mampu berdiam tampa di sisi..

    ReplyDelete
  12. sendiri rasa sendiri tanggung sendiri mau hengat...

    ReplyDelete
  13. memahami tak semestinya merasai.
    merasai tak selalunya mengerti.


    bercakap memang senang.
    tapi cakap-cakap saja..tak semestinya sampai ke hati.


    u rock!!!!

    ReplyDelete
  14. dia makin jauh.
    dan aku hampir bisu.

    ReplyDelete
  15. Salam PatungCendana,

    "menghormati orang lain juga bermaksud menghormati diri sendiri",

    "takdir bukan ditulis oleh manusia, itu hakikatnya",

    "senyum selalu".

    ReplyDelete
  16. mampukah?
    pelangi tak tersentuh...
    langit tak tergapai...

    mcm mana tue?

    ReplyDelete
  17. salam...patungcendana,

    terima kasih singgah..

    tq sudi senyum untuk anaklaut..:))

    ReplyDelete
  18. kalaulah boleh panjat pelangi tu btol2 kan madam...bleh lah main2 kat atas awan...hehe

    ReplyDelete
  19. lidah tabiinya memang begitu
    lembut tiada bertulang
    namun bisanya umpama pedang

    ReplyDelete
  20. uhh....len macam seloka? panjat langit guna apa ar?

    ReplyDelete
  21. Ada prob ke Cendana? Aku tak boleh paham masalah apa yg kau hadapi,aku tak mampu nasihatkan kau apatah lagi memyuruh kau bersabar dan tabah tapi Aku boleh menjadi tempat kau mengadu. InsyaAllah. Moga hilang sedikit beban di bahumu. :D

    ReplyDelete
  22. salam pagi Jumaat.....
    (^_^)

    ReplyDelete
  23. nak panjat pelangi ghitewww.. ehehe

    ReplyDelete
  24. bile nak jar aku panjat pelangi ni?bosan la berpijak di bumi nyata...

    ReplyDelete
  25. salam...PC,

    tq singgah memebri komen di anaklaut..kita serupa?

    ReplyDelete
  26. jgn panjat... pelangi licin... gua da try aritu... 3 kali xlepas2 smp skang...

    ReplyDelete
  27. lakijiwang...

    salam...kenapa tak boleh nak komen blog kau...? word verification tak keluar...

    ReplyDelete
  28. re: xpenah cube tp sudah pasti jwpan nye...
    pelangi d cincang x akan putus...

    ReplyDelete
  29. cuma jangan biarkan takdir yang bercakap.Kalau mampu mintaklah segala percakapan kita menjadi takdir.Walaupun kita tahu hakikat takdir bukan dari pertuturan.

    apa aku merapu nie??
    Arrghhhhhh...!!!!

    ReplyDelete
  30. panjat pelangi??? macamana yek??

    nak juga kucuba daki... orang senang bercakap kan, kunu faham, tapi tak mengerti apa yg ita rasa.. :)

    ReplyDelete
  31. rep- itu lah yg diharapkan oleh khalifah2. Biar percakapan menjadi takdir, jangan percakapan menyebabkab takdir.

    ReplyDelete

:-)

A ROSE BY ANY OTHER NAME ... tuberose

  Salam and good day.  It's the end of July/ early August, and my tuberose is blooming. Go figure. Despite its name, tuberose is not act...