KERANA...talk is cheap

jangan bercakap tentang takdir kepada ku...
kau yang tidak pernah dicalari...
apa lagi disentuh oleh takdir...
jangan sekali-kali suruh aku bertenang...
sedangkan kau tak tahu apa yang bermain dalam fikiran ku...
andai kau di tempat aku...
mampukah kau sendiri bertenang...
kau minta aku supaya tabah?...
tahukah kau...
hanya ketabahanlah yang memberi aku tenaga
untuk terus berdiri di muka bumi ini
kau faham apa yang aku rasa...
bagaimana kau boleh faham...
kau pernah mengalami seperti aku?...
jika tidak...
mana mungkin kau faham...
tak perlu cuba senangkan hati aku...
kalau tak mengerti...
diam saja...
jika aku mahu kau mengerti...
pasti aku akan terangkan secara terperinci...
aku bukan minta kau mengerti...
cukup kalau kau berdiam diri...
cukup kalau kau disisi...
mahu memanjat pelangi sambil membelah langit...

MIMPI ITU...

dunia gelap
alam mimpi
aku pergi
walau sendiri
aku tidak sunyi

wajah tanpa nama
nama tanpa wajah
aku kau dia mereka
dalam mimpi menjadi kita
 
gambar ni...saya suruh buat muka excited...muka siapa yang paling excited sekali???...errr...adam?
 
takkan aku tangisi
kilauan bintang
yang kini tidak kelihatan
kerana
dalam kegelapan
ia akan kembali
bersama mimpi...
dan seribu keindahan
 

ini gambar yang saya copy dari septembersebelas...sebab gambar dari phone saya, takde muka saya...gambar ni penting, sebab ini bukti yang saya lebih tinggi dari aloy...haha


tq septembersebelas dan addyaholix kerana sudi menemani saya ke event MIMPI...

juga @tune, blogger pertama yang menegur saya pada malam itu, walau saya agak blur masa tu...sebab saya cuma ingat nama blog je...
dan aloy paradoks yang brutal tapi...oh so cute, serta gang2 paradoks, you rock!!! 

MIMPI menjadikan kamu semua sahabat realiti...saya tunggu next event...:-)

thepatung says...

;

;


kita ditentukan untuk hidup berpasangan


dan


sewaktu mereka bersama pasangan masing2

aku
sendirian

ditengah2 lautan manusia

;
;
aku...cest la vie...:-)

haru biru - pt 3

aku ada seorang sahabat...

sahabat baik aku...dan memang dia sangat supportive dan banyak menolong aku...

cuma dalam satu aspek, kami sangat berbeza...duit...

ya...bagi dia, duit lebih penting dari masa, namun bagi aku, masa lebih penting dari duit. itu sebabnya, dia sanggup volunteer untuk mengajar di luar waktu jadual kelas, sekiranya ia tugas yang berbayar...namun aku, tak akan sekali2 volunteer untuk mengajar di luar jadual kelas harian aku, kerana aku mahu free-time aku.

masalahnya, dia tak pernah faham rational aku. tiap kali dia volunteer untuk kerja2 tambahan, dia akan memaksa aku bersama dia....alasan nya, sebab kami tinggal di kejiranan yang sama, maka kami boleh pergi dan balik bersama2...usaually malam la...dan dia takkan berhenti
sehingga akhirnya aku terpaksa mengalah...sudah banyak kali begitu.

dia seolah2 tak memahami aku, walau selalunya dibayar...paling kurang rm 100 satu jam...aku tetap mahu free-time aku, kerana waktu itu ialah waktu untuk aku menguruskan anak2 dan rumah aku...

sedangkan dia, ibunya ada dirumah untuk menguruskan anak2 nya, maid ada untuk menguruskan rumahnya, suaminya ada untuk menguruskan hal2 membayar bil...ya, dia tak tahu pun kita boleh bayar bil letrik di post office... serta hal2 seperti membaiki basikal anak2 yang rosak...

tapi, untuk aku....itu semua tugas aku...dari mengemas rumah, hantar kereta ke workshop, hingga ke membaiki basikal yang rosak...bukan aku complain, atau mengeluh...aku tak kisah buat itu semua...

aku cuma mahu sahabat aku itu memahami aku...

namun...sehingga semalam dia masih lagi cuba persuade aku untuk apply sebagai lecturer...katanya sebab kelayakan aku sama dgn kelayakan pensyarah dan gajinya lebih tinggi...naman aku pernah beritahu dia, aku suka jadi guru bahasa, sebab 80% tugas adalah PnP...sedangkan lecturer hanya 60 atau 70 % sahaja PnP, selainnya markah untuk research...dan dia tahu aku tak suka buat research...namun sampai sekarang dia masih lagi cuba persuade aku....aku stress...

semalam dia mahu ke rumah aku untuk berbincang tentang bagaimana mahu apply untuk kenaikan pangkat...ie:...untuk aku, dari DG 41 ke DG 46...

bukan aku tak mahu berbincang tentang itu...tapi jangan dirumah...aku tak suka fikir pasal kerja masa pada waktu free aku...banyak kerja lain yang aku perlu buat...jumpa saja aku di uni...

tapi dia tetap nak jumpa aku di rumah...katanya , bila dia free dia akan datang ke rumah aku...maka...aku mengambil tindakan drastik...aku pergi jog...walaupun masa tu hujan masih renyai2, sebab aku tahu dia tak suka sebarang jenis exercise...

dan aku katakan padanya...aku ada kelas malam itu, memang semester ini, dalam jadual kami ada kelas malam...

realitinya, kelas malam jumaat aku telah aku ganti pada pagi khamis, sebab pelajar2 semester satu ada yang nak balik rumah untuk weekend...

tenang sikit fikiran aku selepas itu...

namun around jam 9.15 pm tiba2 aku mendapat sms dari dia mengatakan dia akan ke ump dan mahu tumpang aku pulang ke kuantan nanti...

maka aku katakan aku sudah hampir habis kelas dan mahu balik rumah terus...beberapa minit kemudian dia reply, dia dah di kawasan taman tas...ie...lebih kurang 20 minit dari ump...dia suruh aku tunggu...tapi aku tak sure samada dia memang sudah berada di taman tas atau sebenarnya baru nak keluar dari pintu pagar rumah dia...and I would bet my little finger, dia sebenarnya jauh lagi dari taman tas...

aku stress terus...aku katakan kelas dah habis, dan aku dah keluar dari ump...dan aku kata batterry phone sangat low...dan aku switched off my phone...

aku rasa sangat kejam...buat begitu pada kawan baik aku...but she can be so bloody irritating sometimes...kalau dia decide dia nak get some extra cash...dia akan make sure aku pun ikut dia...and she would go on and on and on...sehingga aku rimas dan ikut kehendaknya...at the expense of my own peace of mind...

sekarang...aku demam...sure sebab kena hujan semalam...aku cuma tinggal dirumah dan buat apa yang aku larat sebelum aku tertidur...

aku harap dia takkan akan tiba2 muncul dirumah aku hari ini...aku tak ada tenaga untuk berbicara dengan dia...please leave me alone...

phone aku yang di switched off semalam belum aku on kan semula...kerana aku pasti, akan ada sms dari dia yang akan membuat aku rasa guilty...and I really don't need that right now...

right now I just want to do nothing, with my children...itu saja...

maka aku takkan on kan phone sampai aku rasa selamat...so...sesiapa yang cuba menghubungi aku this weekend, aku minta maaf...

and I hope she wont suddenly turn up at my doorstep...aku bukan seorang yang jahat, tapi...adakah aku sahabat yang teruk?


aku...memang dia sahabat aku yang paling setia...but...please...I need a break... mahu tidur sehingga monday...

September Sebelas...

ahad : 05.07.09


seorang lagi sahabat maya transformed into sahabat reality...
siapa ya? cik adibah...aka...SeptemberSebelas ...
SeptemberSebelas datang ke kuantan untuk bercuti selama 3 hari 2 malam, di the Legends, Cherating....hadiah dari cabutan bertuah, katanya...
huhuhu...aku tak pernah menang cabutan bertuah...
dia sampai ke cherating, ahad petang, lantas kami berjanji untuk pergi dinner sama2 malam tu.
nak makan seafood katanya...so...aku suggested Tanjung Lumpur...tapi aku tak sure pulak restoran mana yang best...aku jarang makan kat luar...so...memang aku betul2 tak tahu...


teka...ikan apa ni?

nasib baik, SeptemberSebelas tahu tempat di Tanjung Lumpur...maka aku tunggu dia dekat signboard sebab aku tak tahu jalan...huhuhu...siapa orang kuantan sebenarnya ni...?



kami ke restoran Ana...aku tak pernah datang tempat ni...tapi SeptemberSebelas pernah...

pergi order ikan dan sotong, sambil cuba2 teka nama2 ikan yang ada...aku ingat aku je yang tak kenal nama ikan...dia pun sama...hehehe...ada gang...nyata...cuma satu ikan je yang kami dapat teka dengan tepat...ikan pari...hahahahaha



of course...kami sibuk ambil gambar sana sini...orang pandang, kami buat tak tahu je...girls just wanna have fun....

seronok dapat jumpa SeptemberSebelas, rasa macam dah lama kenal, kami berbual tentang rakan2 bloggers yang lain....ya...kamu semua jadi bahan umpatan kami....hehehe...tentang kerja...tentang life in general...etc...

kami berpisah sekitar jam 10 lebih...aku plan nak bawa dia berjalan2 ke Teluk Cempedak...tapi memandangkan dia perlu drive ke Cherating...kami tak jadi ke TC....takpe...lain hari ok...esoknya, SeptemberSebelas pergi ke KT...dan hari Selasa pulang ke KL.


Adibah aka SeptemberSebelas ... manis sekali orangnya...dan...berdasarkan ketinggian...seperti kuehbakar...dia termasuk dalam kategori comel...hehehe...

sedih juga tak dapat jumpa sebelum dia balik ke KL...sebab aku kerja...harap dapat jumpa SeptemberSebelas lagi...


aku...dibah...next time kita gi Sg Lembing ok...

the state of my brilliant mind

after watching Transformers yesterday








after watching Midsomer Murders at Hallmark today




aku...suka tengok semua cerita indiana jones...:-)

in my biased opinion...

aku hairan kenapa orang selalu associate sesuatu yang cantik dengan sesuatu yang buruk.

kalau bunga...dikatakan...


cantik tak semestinya wangi...atau


cantik pun akan layu juga


macam la bunga yang tak cantik tu semuanya wangi dan tak akan layu...


kalau wanita pun begitu...


rupa cantik tak semestinya perangai baik...atau


rupa je cantik, tapi otak takde


sedangkan yang tak cantik pun bukan semuanya baik atau pandai...


aku...naga yang sedang tidur jangan di ganggu

A ROSE BY ANY OTHER NAME ... tuberose

  Salam and good day.  It's the end of July/ early August, and my tuberose is blooming. Go figure. Despite its name, tuberose is not act...