Friday, 1 May 2009

hidupku adalah puisi-7

tambahan koleksi puisi dan mutiara kata dari sahabat2 bloggers...


hati terluka..
hati kecewa..
kenapa dia yang menyinari kini menghilang..
apa salah..
apa dosa..
mungkinkah ini takdir buat ku??
yang pergi terus berlalu..
apa yang pasti..
kebahagiaan ku yakin muncul jua..
tapi bila dan dimana..
ku biar terus dipersimpangan..
munculnya dia bukan ku pinta..
kerana hati masih pada yang lama..
siapalah aku..
menolak kuasa...
pintu hati tertutup kini..
kuncinya entah dimana..
ya..selongkarlah pelusuk mana pun..
tiada siapa dapat menemukannya..
kerana aku jua tercari kilauannya
petunjuk cuma satu..
"berdoalah semoga pintu hati ini akan terbuka"
lalu..
keajaiban cinta bisa membukanya walaupun tanpa kunci berkilau itu..
kebahagiaan milik tiap insan..
begitu juga aku... niena kierana

cinta selalu datang tanpa diundang.
dan cinta selalu hilang bila hati mula sayang.
tapi cinta tetap momen paling indah.
kerna cinta tetap cinta.... addyaholix
cinta itu seperti sinar matahari,
memberi TANPA mengharap kembali,
TIDAK MEMILIH siapa yg ia sinari,
yang MEMBERI KEHANGATAN di hati... ~~~ kay ~~~


putus cinta itu sakit
(jika kita benar menyinta)
jatuh cinta juga sakit
(sakit rindu mmg tak tertanggung)... aloy_paradoks
Setia itu penyeksaan
Kerana bila si setia itu kecewa
Hilanglah jiwa
Hilanglah rasa
Akhirnya tidak sedar
Pintu hati diketuk lagi
Kerana jiwa dan rasa
Menjadi tuli... adibah

cinta itu anugerah.
hargailah setiap anugerah yang diberi
kerana tak semua yang diberi
akan dapat berulang-ulangkali.... ~~~ kay ~~~
itu indahnya cinta.
buat kamu ketawa.
buat kamu menangis.
buat kamu suka.
buat kamu kecewa.
buat kamu rindu.
buat kamu runsing.
buat kamu gila.
itu indahnya cinta... addyaholix


aku...love you lots...

1 comment:

aloy_paradoks said...

rajin kalian menitipkan puisi..

gua ada sikit sebanyak la cerita alam mistik ni..