WILAYAH SELEPAS HUJAN ... Sungai Lembing

WILAYAH SELEPAS HUJAN

seperti pohon kering yang tidak berdaun,
seperti itu jugalah tandusnya hati ini,
mencari kedamaian diri,
yang hilang ditelan gerhana,
kerana padaku,
damai itu ada pada senyummu.


sungai itu hampir kering airnya,
yang masih tidak mahu mengalir,
pecahkan saja empangan kepiluan itu,
agar sungai itu mampu mengalir,
dan pohon kering kembali menghijau.


angin bisikkan aku rindu semalam,
pada hangat dakapanmu,
bukan sengaja meragui bayumu,
aku cuma keliru pada desirmu.


ribut yang melanda hampir saja memusnahkan aku,
meniup kencang tubuhku jauh,
terdampar pada sudut dunia yang tidak pasti,
dan kehilangan pedoman diri.

wilayah ini walau jauh,
sudah cukup menggembirakan aku,
kerana ia memberikan aku sejuta senyuman,
walaupun epiog cerita ini tidak sama,
aku masih lagi pelakon yang serupa.


9 comments:

  1. angin bisikkan aku rindu semalam,
    pada hangat dakapanmu,
    bukan sengaja meragui bayumu,
    aku cuma keliru pada desirmu.

    ini rangkap paling saya suka.
    gaya tulisannya indah.

    ReplyDelete
  2. dah tentu,lihatlah siapa yg mulakan verse tu.hahaha.

    ReplyDelete
  3. tetiba rendu kat sg lembing...hehehhe

    ReplyDelete
  4. cepatlah madam..update blog pasal kita berjalan-jalan di Megamall sambil tgk filem talentime....

    hehehehe....

    ReplyDelete
  5. aku tk pernah nmpak snyuman mu...tapi aku dpt mrasai suka dn duka mu

    hehehehehe

    ReplyDelete

:-)

A ROSE BY ANY OTHER NAME ... tuberose

  Salam and good day.  It's the end of July/ early August, and my tuberose is blooming. Go figure. Despite its name, tuberose is not act...