Saturday, 4 April 2009

wilayah selepas hujan

ini puisi yang aku, remedy, alif ba ta, cactus dan organik composed dalam kereta, on the way to Sg Lembing hari jumaat last week...refer to...obsessi sg lembing...edisi stress buster. kami main sambung2...aku buat the first line, then jumain sambung, after that tito, next line was organik and lastly daoz and on and on and on sampai habis...sekejap je...sebelum sampai pun dah siap puisi ni...
tajuk ilham dari cactus...

wilayah selepas hujan

seperti pohon kering yang tidak berdaun,
seperti itu jugalah tandusnya hati ini,
mencari kedamaian diri,
yang hilang ditelan gerhana,
kerana padaku,
damai itu ada pada senyummu.


sungai itu hampir kering airnya,
yang masih tidak mahu mengalir,
pecahkan saja empangan kepiluan itu,
agar sungai itu mampu mengalir,
dan pohon kering kembali menghijau.


angin bisikkan aku rindu semalam,
pada hangat dakapanmu,
bukan sengaja meragui bayumu,
aku cuma keliru pada desirmu.


ribut yang melanda hampir saja memusnahkan aku,
meniup kencang tubuhku jauh,
terdampar pada sudut dunia yang tidak pasti,
dan kehilangan pedoman diri.

wilayah ini walau jauh,
sudah cukup menggembirakan aku,
kerana ia memberikan aku sejuta senyuman,
walaupun epiog cerita ini tidak sama,
aku masih lagi pelakon yang serupa.
thePatung, Remedy, Organic, AlifBaTa, Cactus .

9 comments:

addyaholix said...

angin bisikkan aku rindu semalam,
pada hangat dakapanmu,
bukan sengaja meragui bayumu,
aku cuma keliru pada desirmu.

ini rangkap paling saya suka.
gaya tulisannya indah.

Daoz said...

dah tentu,lihatlah siapa yg mulakan verse tu.hahaha.

joegrimjow said...

indah indah
mengelamun kejap

niena kierana said...

love it!!!

F A R Y N said...

tetiba rendu kat sg lembing...hehehhe

MaNuSiA_RuMiT said...

nice one

Raja Azrul said...

cepatlah madam..update blog pasal kita berjalan-jalan di Megamall sambil tgk filem talentime....

hehehehe....

ZULKIFLI MOHAMED said...

hujan ... rahmat dan kedinginan.

a.b geldofg said...

aku tk pernah nmpak snyuman mu...tapi aku dpt mrasai suka dn duka mu

hehehehehe