Friday, 10 April 2009

look into my eyes...ini bukan iklan Dunhill

pepatah mengatakan...

dari mana datangnya cinta

dari mata turun ke hati...

wah...senangnya proses...sangat straight-forward...takde ke detour ke otak dulu, debat2kan dengan emosi, tengok pros and cons...lepas tu baru pass ke hati...hehehe

lagi best...yang

jatuh cinta pada pandangan pertama...

memang takde interaksi antara otak dan mata...yang ada cuma interaksi antara mata dan graviti...hahaha...extremely superficial bagi aku

apa pun...dalam kebanyakan hal, impression yang kita dapat adalah berdasarkan pada pandangan mata...betul ke?

mata adalah pelita tubuh...the eye is the window to the soul...look into my eyes, you will see...what you mean to me...kata bryan adams...

so...


renunglah mataku...

apa yang kau nampak?

nampak aku?

aku yang bagaimana?

aku yang kau nampak with your naked eye

atau aku yang telah kau edit menjadi imej khayalan mu

atau kau tak nampak apa2...

kerana aku...

patung yang tak punya jiwa...



dunhill... Dayat (the chronicle),
photographer...Jamee.
location...East Coast Mall
date...09.04.09



aku...nak pakai shades...:-)

16 comments:

niena kierana said...

for me...mata itu mampu mengeluarkan kata-kata..bicara mata tak mampu untuk menipu..walau apapun bicara lidah..

kerana pandangan mata..manusia tergoda..manusia membenci..kerana mata juga manusia alpa...

a.b geldofg said...

mcmana pulak org buta jatuh cinta?

aloy_paradoks said...

kenapa suke cerita pasal cinta?

re ;segala jawapan yang lu balas hanya satu jawapan balas gua...
"aduh!"

addyaholix said...

cinta bukan cuma dari mata.
cinta datang dari hati.
paling indah kalau datang dari mata hati.

p/s:ingat kamu smoking tadi. ermm!

niena kierana said...

a.b geldofg... orang buta.. mereka bercinta menggunakan mata hati.. mata hati untuk menilai dan menelaah manusia sekelilingnya.. dengan "melihat" melalui cara mereka sendiri.. kadang-kadang.. kita yang celik ni.. hanya menggunakan mata untuk jatuh cinta tanpa melihatnya menggunakan mata hati.. and akhirnya.. mata yang melihat itu tersalah pandang hingga tercetusnya perpisahan..
for me.. tidak kira buta atau celiknya kita as manusia.. mata hati lagi berguna dan bermakna dari hanya menggunakan mata.. dan bersyukurlah kita yang celik ni.. kerana dibagi kelebihan 2 mata untuk menilai dan melihat orang lain.. dan kalau dipikirkan logik..pastinya kita yang celik ini akan lebih tahu dan pndai menilai dari mereka yang buta dan hanya ada mata hati..

p/s: maaf kalau ada salah..ini pandangan peribadi sahaja..peace..

niena kierana said...

mata hati ini tidak semua yang celik memilikinya dan mungkin ada yang tidak sedar dia memiliki mata hati ..

KaYdEnZ said...

dlm byk2 ayat tu...xmampu nk bt round up...yg best nyer... mdam ni mamy yg sportin+crazy... :)

jumapx said...

ya...
mata ada jawapan kepada semua...

he3

aloy_paradoks said...

dari mata turun ke hati...gua klasifikasikan sebagai nafsu... jika kakak patung kurang mengerti gua boleh huraikan lagi..tapi jika mengerti bagus...

re ; maksud gua, KJ sama seperti politician yang lain,, bijak, pandai main peranan, berkepimpinan, ada busuk seperti org lain juga,, tapi mereka takut kerana KJ itu rakus, muda dan ada otak dalam mencatur kerja.. maka KJ itu menjadi ancaman kepada ahli lain Parti sendiri dan Parti lawan..

Otit said...

untuk peribahasa dari mata turun ke hati,try to look at the origin of the peribahasa itself.

peribahasa tersebut mungkin telah wujud ratusan malah ribuan tahun dahulu,sejak penutur bahasa Melayu mula mendalami bahasa mereka dan meneroka banyak lapangan ilmu menggunakan bahasa mereka ini.

pada zaman itu,emosi adalah berbentuk straight forward dan mudah.
lelaki yang akan mencari wanita.
dan,tidak ada konflik-konflik emosi yang complicated.
wanita pula,on the other hand hanya menurut kemahuan ibu bapa di mana most of the time mereka dijodohkan dan tidak mencari jodoh sendiri.
Mungkin pada saat lelaki melihat seorang wanita secara fizikalnya dan dia terus tertarik.Lalu mengimpikan wanita yang dia lihat.Itu mungkin tafsiran dari mata turun ke hati.

peribahasa ini diragukan ketepatan nya pada generasi ini adalah kerana faktor persekitaran yang jauh telah berubah.Ini ditambah pula dengan sogokan luaran seperti mass media yang menceritakan tentang kebuntuan cinta itu sendiri.Not to mention other influences too.

Nowadays,you will not going to wait your prince charming come and rescue you.But,maybe in past time they did.

ok,madam.
enough with my opinion.

~~~ kay ~~~ said...

well,
CINTA itu subjektif, tiada istilah sains yang mampu mengupas jiwa yang lara jiwa yang suka. Pengertian CINTA akan hadir dalam pelbagai sebab namun kuncinya adalah TAKDIR.
Ini bukan TAKDIR berserah, ini TAKDIR yang disuratkan pada satu alam yang bukan milik kita.

have a lovely weekend!
(^_~)

a.b geldofg said...

hehehehehe ada org sudi jelaskan

baik buta matakan dari buta hati

tq niena

harap patung jwb...huh!

DrSam said...

otak dan mata tiada interaksi, mata interaksi dengan graviti...

cinta yang berinfeksi dari mata terus berevolusi ereksi. Cinta apaan itu?

adibah said...

Aku lihat mata
Kemudian aku tilik senyuman
Antara mata dan senyuman
Siapakah yang benar?
Mata atau senyuman itu?
Benarnya, mana satu terjemahan dari hati?
Kerana aku lihat ada konflik
Antara mata dan senyuman

wahyudi my said...

Kata sepupu aku, mata kamu ada kesedihan. Betul?

wahyudi my said...

Suka tengok mata mdm :-)