Saturday, 21 March 2009

hidupku adalah puisi-6

lagi dari sahabat2...

re: haru biru


walau siapa pon kamu,
kamu masih manusia.
walau siapa pon kamu,
kamu masih patung cendana.
dan sungguh dari hati kecil saya,
saya bangga punya kamu sebagai teman!
addyaholyx
pasti ada tangan yg akan menghulur dan menarik anda kembali....
en.Adam
tasik tak berombak
berjuta jiwa tersorot bisu
dalam pertanyaan suara-suara merdu
ataupun rusuh-rusuh hantu
Patung cendana
takkan tenggelam ditasik itu
kerana dua demensi, dua alam diri telah pun bersatu..
duwenk
~matikanlah perasaan jika ìa menghukum mu...~
itu bukanlah mimpi suci jika ia membebankan..-meor
wahyudimy
aku kagum kamu
bukan kerana luaranmu hampir sempurna
bukan juga perihal kamu disenangi sesiapa.
aku kagum kamu
kerana kamu mampu menjadi kamu
kerana kamu masih kamu
tapi akutakkan pernah minta jadi kamu
sebab aku tak mampu sekuat kamu....
jangan minta tidur dan tak bangun lagi
jangan minta ditinggal sendiri
jangan pula tenggelam dan tak timbul di tasik buatanmu sendiri
.kerana?
kerana patung kamu bukan patung biasa.
istimewa.
+h.a.z.e.r.i.n+
tangan itu pasti ada,,
kerana tangan Tuhan sentiasa bersama...
aloy_paradoks
ma,
senyum mu sungguh memikat,
mata mu sungguh bercahaya,
tawa mu sungguh menggembirakan,
anak2 mu memang cute.
ma,
ikhlas nya hati tidak dapat dikatakan,
ikhlasnya hati tidak dapat ditunjukkan,
ikhlasnya hati ingin bersahabat dengan mu.
Dato Paduka Masri
re:...put the glassdown today
benih yg baik
jatuh ke laut menjadi pulau
dan bila jatuh ke darat menjadi gunung....
~~~kay~~~
Fikirkan permasalahan…
Mungkinkah akan datang penyelesaian?
Simpan sahaja konflik itu…
Mungkinkah akan selesainya segala ragu?
Campak sahaja semua kemusykilan…
Mungkinkah meringankan beban?
Hidup perlu diteruskan
Diteruskan dengan matlamat
Matlamat harus pasti
Agar nanti tidak menyesali…
This Is Mine
benih yg baik
jatuh ke laut menjadi pulau
dan bila jatuh ke darat menjadi gunung....
Jatuh ke mata menjadi buta......
jatuh ke badan menjadi kurap.....
jatuh kelongkang....bau longkang jdnya....
Dato Paduka Masri
Kadang2 aku fikir kita sebenarnya tidak miliki hidup kita.
Jadi siapa sebenarnya?
wahyudimy
re:...surat chenta
biar angin...
atau bulan...
mahupun matahari...
mereka tidak mampu menyampaikan perkhabarmu padanya..
kerna mereka tahu,
utusan dari lubuk hati kamu yang lebih berharga,
lebih bermakna
lebih dinanti~
This Is Mine
Puisi Angin
Tak jenuh mengirim khabar
cerita
duka
derita
Hanya tahu berlalu tanpa suara
Khabar cinta kepadanya
apabila harapan sudah berbukit bakau
tinggi melepasi paras angin
tapi singgahnya hanya sapaan sahaja
tiada berita
Untuk sampai ke atma
bukan melalui angin
atau cahaya yang merebak luas
atau guruh mengejutkan sang kubur
atau pendusta yang tidur
atau posto-posto bergerak
tapi, doa dari bahasa jiwa
tapi dari suara kudus untuk sampai ke syurga.
Biarkan tanah itu mati
menanti surat-surat cinta abadi
Barangkali
nisan itu disentuh lagi oleh angin
Angin yang hanya tahu singgah
lalu pergi dan datang lagi
bersama suara-suara yang tak pasti.
duwenk
marilah ke pantai bahagia
biar ombak membilas segala derita
pasti siulan camar
mampu membuatmu terlena
dari memikirkan sejuta kesakitan
yang membelit jiwa.
tidak akan Tuhan
anugerahkan dugaan
jika dirimu tidak tertanggungkan
redhalah dengan ketentuanNya
pasti akan kamu temui nikmat melimpah
sesudah gerimis duka datang mencurah
~~~kay~~~
aku...thanks guys...you rock

12 comments:

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

emm..koleksi puisi itu ada sy.
waahhh..rasa dharai, teacher. thanks.
nnt berpuisi dan akan blas lagik. =)

kueh bakar said...

im first!!! hahaha

FendyHekka said...

madam... u wat jer conferens puisi... mesti lg byk u dapat kata2 camtu...

Dato Paduka Masri said...

ma... thanks post puisi aku... hahahahahahahhaa...

weekend memang best bila berada di opis.... saiko jd nye... becakap ngan hati....

~~~ kay ~~~ said...

speechless!

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

eh kueh. apa first. aku first la. sila lihat betul2

aloy_paradoks said...

Gua ada buat majlis puisi dan austik sikit pada 28 hb ni di Palm Garden Bukit Raja,, sila rujuk iklan di Blog gua..

maka gua dengan rendah diri ingin menjemput Patungcendana memeriahkan suasana sebagai tetamu..atau jika sudi turut sama mengadakan persembahan.

ini adalah majlis yg kecil dan hanya duduk bersila diatas lantai.
jika sudi maklumkan kehadiran terlebih dahulu.

lot b-g 1 apt palm garden, bukit raja, klang.

call ; 012 6293327

Raja Azrul said...

tak paham....

tak paham...

tak paham....

en.Adam said...

hahahaha..
komen saya pun di kompilasi kan bersama??
rasa sngat dihargai..
terima kasih cikgu!:-)

addyaholix said...

saya punya yang paling atas. cool. haha!

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

addyaholic, aku pnya yg paling panjang. hahaha! nk cari gaduh plak ngn org. sorry, teacher.

Jard The Great said...

perggh... nih blog koleksi puisi2 pilihan ek? best.. best.. hehe