Friday, 9 January 2009

aku tidak ingin terbang

Aku tidak ingin terbang
tidak ingin mencabar gravity
Tidak mahu jadi seperti Icarus yang malang…
Yang terbang terlalu hampir dengan matahari
Hingga sayapnya cair dan dia jatuh ke bumi…

Biar aku bertapak di bumi
Dengan elemen2 nya sebagai pelengkapku
Tanah elemen penghidupan ku
Angin yang memberiku kebebasan
Api sumber tenaga ku
Air walau lembut mampu mengubah batu
Fahami elemen-elemen itu
Dan kau akan fahami aku…

Biar pun ramai yang ingin terbang
Agar dapat menggapai bintang,
bisa memeluk bulan
Atau menyentuh pelangi…
Aku tidak ingin terbang…

11 comments:

jumapx said...

aku tetap ingin terbang~

addyaholix said...

melawan arus saya haha!

Daoz said...

aku tetap mahu terbang,
aku tetap mahu ke kayangan,
aku tetap mahu menepis awan,
aku tetap mahu terus bermimpi.

esok i order kepak 1 psg,harap2 cepat smpai.

redzuwan said...

madam,

elemen angin sama ngan udara tak?

aku hanya ingin membatu..

Raja Azrul said...

propa sangat taknak terbang..hehehe..its ok, yang penting kita bahagia..kalau terbang tapi hati luka buat apa kan?

Dato Paduka Masri said...

Kamu yang bawa ku terbang...
kamu la jua yg membawa cinta kedalmnya...

Fabulous Cat...

hehehehehehe

Otit said...

bukan tidak mahu terus memijak tanah,
menghirup sejuknya angin,
merasakan kehangatan api,
dan meneguk dinginnya air.

tetapi,
kami perlu sesekali terbang.
kerana kami belum berjumpa lagi.
di manah tanahnya,anginnya,apinya dan airnya..
yang menerima kehadiran kami seadanya.
hehehe.

miezi said...

jadi la diri sendiri. itu yg terbaik bukan?
:)

DrSam said...

patung cendana,

burung yang berterbangan, biarpun merentas benua dan tujuh lautan, akhirnya akan pulang ke sarangnye jua...

jumapx said...

pandai tito berbahasa skrg...he3

wahyudimy said...

kita selalau mempersonafikasikan diri sebagai burung.pelik,sedangkan kita lagi sempurna dari burung.lihat,kita tak perlu sayap untuk terbang.with airasia,now everyone can fly..!